Langkah 'Sivaji The Boss' tak menjadi, Maszlee tersungkur di DUN Layang-Layang


  • Politik
  • Sabtu, 12 Mac 2022

TANGKAP layar aksi Maszlee meniru gaya Sivaji The Boss dalam video kempen sempena PRN Johor 2022 sebelum ini. — Facebook

BEKAS Menteri Pendidikan, Maszlee Malik gagal menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Sabtu.

Beliau yang bertanding atas tiket PKR buat pertama kali dalam PRN Johor tidak berjaya meraih sokongan pengundi DUN berkenaan apabila hanya memperoleh 4,756 undian berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 9.35 malam Sabtu.

Calon Barisan Nasional (BN), Mutalif Rahim menang selesa apabila mendapat 7,772 undian sementara seorang lagi calon daripada Perikatan Nasional (PN), Alagathiran Krishnan memperoleh 1,297 undian manakala Ahmad Shafiq Othaman (Pejuang) (174 undi).

Berdasarkan jangkaan pemerhati politik, kekalahan Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam sudah dapat diagak jika dilihat kepada kegagalan PKR memenangi sebarang kerusi di Melaka dan Sarawak pada PRN lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram