Warga emas rebah, meninggal di pusat mengundi Muar


  • 112
  • Sabtu, 12 Mac 2022

POLIS menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian. — Gambar hiasan

POLIS mengesahkan satu kematian membabitkan seorang lelaki warga emas di satu pusat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 78 tahun itu rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri di tempat kejadian sebelum kematiannya disahkan oleh pegawai perubatan yang hadir.

"Siasatan dijalankan setakat ini mendapati kematian lelaki itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan si mati telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Zaharudin berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang isu sensitif berhubung kejadian itu di saluran media sebelum mendapat kenyataan rasmi daripada polis.

Katanya, ia bagi mengelak sebarang salah anggap dan spekulasi negatif yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, kematian, lelaki, pusat mengundi, PRN Johor