Calon muda BN cipta kejutan, MCA rampas empat kerusi


  • Politik
  • Sabtu, 12 Mac 2022

KA Siong (tiga kiri) mengumumkan calon parti itu yang bakal bertanding dalam PRN Johor.

CALON muda Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Lee Ting Han mencipta kejutan selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Sabtu.

Beliau yang pertama kali menyertai PRN telah berjaya meraih undi sebanyak 8,077 undi, berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat jam 10.35 malam.

Ting Han, 32, yang bertanding atas tiket MCA berjaya menewaskan tiga pesaingnya dalam pertandingan empat penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Sheikh Omar Ali yang meraih 4,901 undi.

Beliau turut menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Selvendran Velu (1,512 undi) dan Aminuddin Johari (Pejuang) (181 undi).

Sementara itu, MCA mengumumkan parti itu telah berjaya memenangi tiga lagi kerusi DUN Johor selain Paloh setakat 10 malam.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, calonnya yang mewakili BN juga telah menang di DUN Yong Peng, DUN Pekan Nenas dan DUN Bekok.

“Setakat ini, MCA telah memenangi DUN Yong Peng (Ah Soon), DUN Pekan Nenas (Tan Eng Meng) dan DUN Paloh (Lee Ting Han). Tahniah.

"Calon BN/MCA Tan Chong menang di DUN Bekok, satu kemenangan manis buat Tan Chong yang tewas di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan PRU-14, tapi tak putus asa tetap berkhidmatdan kini menang dengan majoriti yang besar. Tahniah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook sebentar tadi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram