Tak rasmi: BN menang 41 kerusi PRN Johor


  • Politik
  • Sabtu, 12 Mac 2022

KERUSI Yong Peng dimenangi oleh calon BN, Ling Tian Soon. — The Star

BARISAN Nasional (BN) mendahului 41 kerusi dalam keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Ia diikuti dengna Pakatan Harapan (PH) dengan 7 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing dengan 1 kerusi.

Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Sosial Malaysia (PSM), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dan Bebas tiada sebarang kerusi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram