Chin Tong kekal pengaruh DAP di Perling


  • Politik
  • Sabtu, 12 Mac 2022

Hiang Kee (tengah) bersama Chin Tong (kiri) dan Siaw Lee sewaktu penamaan calon. — Bernama
KETUA DAP Johor, Liew Chin Tong berjaya mengekalkan penguasaan DAP di Perling Johor dengan jumlah majoriti sebanyak 3,347 undi.

Chin Tong menewaskan dua lagi calon iaitu MCA yang berjaya mencatatkan undi sebanyak 15,281 dan calon Gerakan, Khoo Siaw Lee yang sekadar mendapat 8,829 undi.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu sebelum ini menjadi calon pilihan kerana MCA memperkenalkan muka baharu di kawasan tersebut.

Untuk rekod, Chin Tong sebelum ini mendapat 19,533 undian dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram