KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu sekali gus mengekalkan kedudukan Datuk Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar Johor.
Hasni yang bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Benut menang dengan majoriti 10,896 menewaskan calon Perikatan Nasional(PN), Isa Ab Hamid, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniff @ Ghazali Hosman dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Iskandar Noor Ibrahim.
Hasni, 63, yang juga Pengerusi BN Johor adalah penyandang DUN Benut sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Beliau dijangka akan mengangkat sumpah pada Ahad.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kemenangan selesa itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Johor yang baharu dengan majoriti melebihi 50 peratus.. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram