[VIDEO] 'Sejujurnya, ini kali pertama saya melihat Raudhah dibuka seperti ini', Dian Sastrowardoyo luah umrah kali ini lebih tenang, lebih manis


  • Hiburan
  • Isnin, 03 Feb 2025

Perjalanan umrah Dian kali ini memberi pengalaman rohani yang mendalam. — Instagram/therealdiastr

AKTRES versatil Indonesia, Dian Sastrowardoyo memulakan tahun baharu penuh keberkatan dengan menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya di Tanah Suci.

Pelakon yang juga penyanyi dan penerbit tersebut berkongsi momen istimewa itu melalui laman Instagram miliknya, @therealdisastr.

Meskipun bukan kali pertama menunaikan umrah, perjalanan kali ini meninggalkan kesan mendalam dalam hati selebriti berusia 43 tahun itu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'It's my personal life', Dian Sastrowardoyo komen kontroversi merokok, sanggup 'palau' kawan-kawan demi Gadis Kretek

BACA LAGI: Suami pelakon jelita Indonesia, Pevita Pearce rupanya anak usahawan tersohor Malaysia

Menerusi satu perkongsian video dimuat naik di Instagram dreamtour.official pada Jumaat lalu, Dian meluahkan rasa syukur dan terharu kerana berpeluang menziarah Raudhah dengan lebih mudah, selain dapat beribadah lebih tenang.

Raudhah merupakan kawasan di dalam Masjid Nabawi terletak di antara rumah Nabi Muhammad SAW dan mimbar Baginda juga dikenali salah satu tempat mustajab untuk berdoa.

"Assalamualaikum saya Dian, berasal dari Jakarta, (Indonesia). Saya menyertai umrah persendirian dan kami sangat gembira kerana dibantu untuk melihat Raudhah," katanya dalam rakaman tersebut.

Dian yang berhijab dan berjubah hitam itu mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau melihat Raudhah dalam keadaan lebih terbuka dan tersusun.

"Sejujurnya, ini kali pertama saya melihat Raudhah dibuka seperti ini. Beberapa tahun lalu, ketika mengerjakan umrah, saya tidak pernah melihat suasana seperti ini," ujarnya.

Snapinst.app_475070173_636379392090243_1430684340733639545_n_1080

Dian berkongsi gambaran bahawa keadaan Raudhah kini lebih sistematik dan selesa untuk para jemaah. — Instagram/therealdiastr

"Alhamdulillah, sesuatu hampir mustahil dalam musim seperti ini yang sememangnya sibuk.

"Ini benar-benar rezeki buat kami," ujarnya.

Bintang filem Ada Apa Dengan Cinta? itu juga berkongsi gambaran bahawa keadaan Raudhah kini lebih sistematik dan selesa untuk para jemaah menunaikan ibadah dengan penuh khusyuk.

“Sekarang, Raudhah sangat berbeza, sangat teratur dan kemas. Kami benar-benar dapat diam dan bertakwa dengan lebih tenang. Ini satu pengalaman yang sangat menyenangkan.

Selain beribadah dengan lebih tenang, isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo tersebut turut berkongsi pengalaman menyentuh Kaabah dan solat di Maqam Ibrahim.

"Dulu kita solat (seolah-olah) macam di medan perang," tuturnya yang menunaikan umrah bersama suami dan anak mereka, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo berusia 14 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram