TIADA lama, tiada baharu. Ungkapan itu sesuai digambarkan menerusi kejayaan beberapa pelakon tempatan baru-baru ini yang berjaya menempa nama di persada antarabangsa.
Tan Sri Michelle Yeoh, 62, merupakan antara nama besar industri tanah air yang mengukir kejayaan di perfileman Hollywood dan sehingga sekarang masih relevan walaupun kian dimamah usia.
Pun begitu, beberapa artis terdahulu era 90-an lebih awal menjejak kaki ke persada Hollywood apabila pernah bergandingan bersama pelakon hebat seperti Peter Weller, Robert Hays, Charles Martin Smith dan ramai lagi.
BACA LAGI: SIAR: Gamit nostalgia, Santan Berlada platform lahirkan tukang lelucon otai seperti Accapan-Mr Os
BACA LAGI: SIAR: Ada darah 'mix', pelakon popular Singapura-Indonesia raih populariti filem Melayu retro
Filem Fifty/Fifty (1992) memahat sejarah buat industri tempatan apabila menghimpun ramai aktres terkemuka tanah air.
Ramona Rahman, 58, antara yang berperanan sebagai watak utama di samping pelakon Roboccop, Peter Waller.
Berkelebihan bertutur bahasa Inggeris dengan baik, wajah kelahiran Petaling Jaya, Selangor persis model ‘Pan Asia’ itu menjadikan Ramona antara kegilaan ramai pada zaman kegemilangannya satu ketika dahulu.
@mazrulhishamproductions_ Filem komedi Hollywood Fifty/Fifty terbitan tahun 1992 lakonan Peter Weller hero Robocop & Robert Hays #malaysianactor #hollywoodmovie #fiftyfiftymovie ♬ original sound - Mazrul Hisham Productions
Merupakan sebuah filem bergenre aksi komedi, lokasi penggambaran Fifty/Fifty dijalankan di serata Pulau Pinang yang banyak membabitkan beberapa artis tempatan lain.
Selain Ramona, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali sebagai Mr Os dan Dharma Harun Al-Rashid juga terlibat sama sebagai watak yang berperanan melatih penduduk tempatan membela negara daripada jatuh ke tangan pemimpin kejam.
Kelibat Allahyarham Azmil Mustapha yang pernah membintangi filem Ali Setan turut kelihatan dalam filem berkenaan apabila diberikan watak Kolonel Kota jahat yang terbabit dalam operasi pengganas antarabangsa.
Mr Os (kiri) dan Dharma Harun dalam filem Fifty/Fifty (1992).
Berikut merupakan beberapa pelakon tempatan lain terlibat dalam pembikinan filem Fifty/Fifty di Pulau Pinang.
•
Ramona Rahman – Suleta
•
Azmil Mustapha – Kolonel Kota
•
Dharma Harun Al-Rashid – Sentul
•
Mr Os – Jamik
•
Shaharuddin Thamby – Kolonel Seng
•
Rohmat Juraimi – Pemberontak berbadan sasa
•
Farah Esmilia Ramili – Gadis yang memegang bom di tangan
•
Hussein Abu Hassan – Pemandu bas
Mengisahkan perjuangan dua watak askar upahan iaitu Jake Wyer (Peter Weller) dan Sam French (Robert Hayes), mereka ditugaskan oleh CIA untuk menjalankan misi menentang pengganas dan rusuhan di pulau Asia Tenggara.
Dibantu Suleta (Ramona Rahman), gabungan trio askar itu membentuk kerjasama sepasukan yang berusaha menumbangkan diktator gila kuasa lakonan hebat pelakon Singapura, Lim Kay Tong.
Elemen lucu dibangkitkan menerusi peranan Mr Os dan Dharma Harun yang nyata mencuit hati pentonton bukan sahaja di Malaysia, malah industri Hollywood turut menjadi saksi kepada bakat lakonan seniman negara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram