Suami pelakon jelita Indonesia, Pevita Pearce rupanya anak usahawan tersohor Malaysia


  • Hiburan
  • Isnin, 21 Okt 2024

Pevita Pearce (kanan) selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Mirzan Meer pada Ahad.

AKTRES cantik manis Indonesia, Pevita Pearce, 32, atau nama sebenarnya Pevita Cleo Eileen Pearce sah bergelar isteri kepada anak usahawan tersohor negara, Mirzan Meer.

Pasangan dua mempelai itu mengenakan busana serba putih pada majlis pernikahan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pada Ahad.

"Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan," tulis Pevita menerusi hantaran di laman Instagram peribadinya.

BACA LAGI: [VIDEO] Peminat kanak-kanak tak pernah minta tanda tangan Kamal Adli, rindu zaman jadi hero 'Bio-Nik'

BACA LAGI: [VIDEO] Didi rimas dicop tiru Bella Astillah, sedar ramai tak suka tinggalkan dunia pramugari

Penyanyi terkenal, Afgan turut meraikan majlis tersebut apabila hadir sebagai tetamu undangan di samping beberapa lagi kenalan artis negara berkenaan.

Artis terkemuka Indonesia seperti Rossa, Luna Maya dan Jenda Munthe turut tidak ketinggalan daripada memberikan ucapan tahniah kepada pasangan sejoli itu di ruangan komen.

Pevita sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Bandung 2014 menerusi lakonan mantapnya dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Selain itu, pelakon berdarah kacukan United Kingdom-Indonesia itu turut muncul dalam beberapa muzik video selebriti terkenal Indonesia seperti Afgan, Noah, D'Masiv dan ramai lagi.

Suaminya, Mirzan merupakan anak Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram