PERLAWANAN antara kelab Juventud Bellavista dan Familia Chocca di Peru berakhir dengan tragedi apabila salah seorang pemain dilaporkan maut akibat dipanah petir, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan), mangsa, Jose Hugo de la Cruz Meza, 39, yang juga merupakan pemain pertahanan daripada pasukan Familia Chocca, maut sejurus tiba di hospital.
Selain Jose Hugo, penjaga gol Juan Choca juga mengalami kecederaan serius dan melecur dengan teruk.
BACA LAGI: ‘Jangan libatkan keluarga saya’, Nakano minta maaf kepada rakyat Malaysia lepas langgar Shah Firdaus
BACA LAGI: Hanya lambat 54 saat, ECRL dan HSR boleh contohi sistem kereta api di Jepun
TRAGEDIA EN HUANCAYO
Cae rayo en el estadio de Coto Coto en el distrito de Chilca y deja un muerto y cuatro heridos.
José Hugo De la Cruz Meza, es la víctima en terrible suceso en partido realizado en Huancayo. pic.twitter.com/orrcTV5loV
— INFORED (@PeruInfored) November 3, 2024
Pemain lain yang turut disambar petir segera dikejarkan ke hospital Carrion di Huancayo untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, status kesihatan mereka masih belum dapat diketahui sehingga kini.
Menurut laporan media antarabangsa, perlawanan itu berlaku di stadium Coto Coto, Chicha, di Huancayo, dengan kedua-dua pasukan liga tempatan tersebut beraksi ketika cuaca ribut.
Perlawanan tersebut ditangguhkan akibat ribut petir, namun ketika pemain keluar dari padang, petir menyambar pemain termasuk Jose Hugo dan beberapa pemain lain.
Insiden berkenaan sempat dirakam penonton yang berada di lokasi sebelum dikongsikan di media sosial.
Rakaman berkenaan tepat menunjukkan beberapa pemain bola sepak disambar petir sebelum rebah di atas padang, pada waktu yang sama. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram