Hanya lambat 54 saat, ECRL dan HSR boleh contohi sistem kereta api di Jepun


  • Massa
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Sistem kereta api di Jepun yang terkenal dengan ketepatan masa, kebersihan dan keselesaannya. — Agensi

KECEKAPAN pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan stesen kereta api di Jepun sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Bermula sejak lebih 10 dekad lalu, sistem kereta api di negara itu dianggap sebagai satu daripada perkhidmatan awam terbaik di dunia.

Pengangkutan tersebut juga merupakan antara cara paling penting untuk seluruh penduduk tidak kira di bandar mahupun Kawasan kampung.

BACA LAGI: Murid, ibu bapa SK Danau Kota 2 kini rasa lebih selamat dari risiko kemalangan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ada terpaksa guna tisu dan kain', Nurafirah mahu bantu wanita B40 keluar dari kemiskinan haid, ditindas lelaki

6176748861477994437

Jepun menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kereta api di stesen sama. — Agensi

Meskipun agak kurang dimanfaatkan sebagai pengangkutan barang dan menyumbang hanya 0.84 peratus dalam logistik, kereta api Jepun sangat terkenal dengan ketepatan masa untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Mengekalkan momentum sama sejak akhid abad ke-19, kerajaan Jepun menekankan dasar menggalakkan kereta api sebagai sistem pengangkutan cekap bagi menangani krisis kekurangan bahan api fosil dan kebergantungan pada sumber yang diimport.

Jepun juga dilihat amat menitikberatkan kecekapan masa bagi memastikan landasan kereta api sentiasa beroperasi dengan lancar tanpa menyukarkan pengguna.

Terdapat tiga rangkaian kereta api terbesar di beberapa daerah di negara tersebut iaitu Tokyo, Nagoya dan Osaka.

Paling menakjubkan adalah stesen kereta api berkelajuan tinggi, Tokaido Shinkansen yang menghubungkan Tokyo dengan Nagoya dan Osaka beroperasi hampir setengah abad tanpa ada sedikit masalah atau kelewatan.

Namun, purata kelewatan berlepas adalah hanya 18 saat di sepanjang laluan yang 320 batu jauhnya.

Kelewatan di Jepun juga akan berlaku atas faktor yang tidak dapat dikawal seperti bencana alam dan kebiasaannya hanya 54 saat lewat daripada waktu ditetapkan dalam jadual.

Mengambil berat terhadap setiap penumpangnya, pihak kereta api di Jepun mengambil inisiatif memberikan surat rasmi jika berlaku kelewatan selama lima minit atau lebih.

Penumpang pula dibenarkan untuk menunjukkan surat berkenaan kepada pihak majikan atau guru untuk pelajar sekolah sebagai alasan apabila lewat ke tempat kerja.

Bagi rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu dengan perkhidmatan awam di Jepun, kereta api bekelajuan tinggi Shinkansen pernah direkodkan sistem rel paling selamat dengan sifar kes kematian penumpang sejak mula beroperasi pada 1964.

6176748861477994440

Jepun amat mementingkan kebersihan dan keselasaan di setiap gerabak kereta api mereka. — Agensi

Lebih menarik apabila stesen kereta api disediakan di setiap kawasan dan daerah di Jepun malah, memberi banyak pilihan kepada penumpang.

Para penumpang juga boleh memilih untuk menaiki kereta api berkelajuan tinggi atau tradisional dalam satu stesen yang sama.

Selain kecekapannya daripada segi kelajuan dan ketepatan masa, kereta api di Jepun turut boleh dicontohi dengan budaya mementingkan kebersihan dan keselasaan sepanjang perjalanan.

Anak syarikat Japan Railway bertanggungjawab membersihkan lebih 300 kereta api berkelajuan tinggi (Shinkansen) selang kira-kira empat minit selepas berlepas setiap hari.

Menyelesaikan tugas pembersihan 17 gerabak dalam tempoh masa kurang tujuh minit turut boleh menjadi panduan yang boleh dipraktikkan di Malaysia.

Menjadi antara negara kerap berlaku gempa bumi, Jepun mengambil langkah memasang mekanisme keselamatan unik di setiap stesen kereta apinya.

Sistem pusat yang menghubungkan semua stesen juga dipasang sistem untuk membolehkan mereka memberhentikan kereta api serta-merta jika berlaku gempa bumi.

Sementara itu, Malaysia dalam proses untuk melangkah ke hadapan dengan pembinaan Stesen Terminal Bersepadu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Gombak yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.

Pembinaan yang sedang dijalankan itu dilakukan dengan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China.

Penyediaan ECRL juga melibatkan laluan dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor.

6176748861477994434

Projek ECRL yang mungkin akan mempunyai kecekapan sama seperti di Jepun. — Agensi

Stesen yang dibina untuk kegunaan penumpang itu akan menampilkan platform khusus untuk pengguna, di samping menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, kawasan mengambil dan menurunkan penumpang, laluan pejalan kaki berbumbung, kuarters kakitangan dan kawasan berlandskap taman.

Selain itu, projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang beberapa kali ditangguh sebelum perjanjian dengan Singapura dibatalkan pada Disember 2020.

Tujuan HSR dibina adalah untuk mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit daripada lebih empat jam dengan kereta.

Projek yang menelan kos sehingga RM100 bilion itu bagaimanapun diteliti kembali dan akan membuat keputusan untuk menyambung kembali projek tersebut atau tidak menjelang akhir 2024.

Namun, pihak kerajaan dan syarikat bertanggungjawab di Malaysia disarankan untuk mula mempraktikkan cara Jepun menguruskan sistem stesen kereta api agar dapat berada setaraf dengan negara-negara maju lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram