'Lama tak nampak', ketiadaan Hong Wan resahkan penyokong JDT


  • Podium
  • Isnin, 04 Nov 2024

Ketiadaan Hong Wan (tengah) dalam skuad JDT terus cetuskan tanda tanya.

SELEPAS menewaskan Negeri Sembilan 4-0 dalam aksi Liga Super pada Jumaat, fokus Johor Darul Ta'zim (JDT) terarah kepada aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Bertemu Ulsan HD pada Selasa di laman sendiri, perlawanan tersebut begitu mencuri tumpuan penyokong bola sepak tempatan kerana kembalinya Kim Pan-gon bersama juara Korea Selatan itu ke Malaysia buat pertama kali selepas melepaskan jawatan pengendali Harimau Malaya.

Malah, kedua-dua kelab turut mempunyai perseteruan unik di peringkat Asia apabila sering bertemu sejak beberapa musim lalu.

BACA LAGI: Akui masih dapatkan tahap kecergasan terbaik, Jese gembira pilih JDT

BACA LAGI: Lepas julang K-League, Kim Pan-gon terdesak nak tamatkan rekod buruk Ulsan jumpa JDT

Dalam pada skuad kendalian Hector Bidoglio sedang melakukan persiapan akhir, tumpuan penyokong JDT terarah kepada salah seorang pemain kelab itu yang sudah lama tidak kelihatan.

Ketiadaan pemain tengah, Hong Wan menjadi misteri dalam kalangan penyokong JDT yang sudah lama tidak menyaksikan dia beraksi.

Sejak musim 2024/2025 bermula, pemain tengah bertahan itu hanya melakukan lapan penampilan dengan tujuh daripadanya adalah dalam aksi Liga Super dan satu pada perlawanan ACLE.

Kurangnya aksi Hong Wan membuatkan penyokong JDT bertanya, ke manakah dia? Kenapa ketika ini Natxo Insa lebih menjadi pilihan untuk mengemudi bahagian tengah?

"Hong Wan sudah lama tak nampak," kata penyokong menggunakan nama Best Frendfor Ever.

"Hong Wang cedera?," tanya Nauf Ezvny.

Setakat ini masih belum ada jawapan rasmi daripada Bidoglio dan JDT mengenai status Hong Wan sama ada dia sedang cedera atau tidak diturunkan atas faktor taktikal.

Namun ketiadaan gambar-gambar Hong Wan berlatih terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram