SEORANG lelaki mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah tangannya akibat terkena letupan bunga api di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu.
Melalui satu video tular di laman media sosial X (Twitter) memaparkan mangsa yang tidak didedahkan namanya sedang bersorak gembira susulan daripada pasukan kegemarannya, LA Dodgers menang perlawanan Besbol Siri Dunia ketika menentang pasukan Yankees.
Terlalu teruja dengan kemenangan tersebut, mangsa yang berusia 25 tahun cuba menyalakan bunga api di pusat bandar Los Angeles bagi menyambut kemenangan pasukan kesayangannya itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Sampai 3 kereta berhenti mengejut cuba elak budak kecil main sendirian di tengah jalan
Namun, dia bernasib malang kerana apabila mangsa meletakkan bunga api yang sudah menyala di persimpangan jalan, ia meletup sebelum dia sempat berundur.
Menerusi video lebih seminit itu, jelas kelihatan bunga api itu meletup di tangan mangsa.
Huuuuuuu...teruja sampai tak ingat dunia. pic.twitter.com/MAvb8TL0Xk
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) November 1, 2024
Malah beberapa orang awam yang melihat kejadian itu juga turut menjerit panik melihat mangsa yang terlihat kesakitan sambil memegang tangannya yang cedera parah.
Usai kejadian itu, beberapa orang awam terus pergi ke arah mangsa untuk memberikan pertolongan cemas dan menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Sementara itu, Jabatan Bomba Los Angeles melaporkan bahawa lelaki itu dalam keadaan sedar ketika bantuan perubatan tiba.
Mangsa telah dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil, namun tidak dapat dipastikan sama ada tangan mangsa terbabit dapat diselamatkan atau tidak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram