‘Jangan libatkan keluarga saya’, Nakano minta maaf kepada rakyat Malaysia lepas langgar Shah Firdaus


  • Podium
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Shah Firdaus sekadar menamatkan aksi final Keirin Sukan Olimpik di tempat keempat selepas dilanggar Nakano. — Olimpik Malaysia

SELEPAS menerima serangan daripada warganet Malaysia, pelumba trek Jepun, Shinji Nakano tampil memohon maaf secara terbuka berhubung insiden pelanggaran dengan wakil Malaysia, Shah Firdaus Sahrom ketika final acara keirin dalam Sukan Olimpik 2024 pada Ahad.

Shinji yang memuat naik video permohonan maaf di akaun TikToknya meminta jasa baik netizen Malaysia tidak lagi mengganggu dirinya sekeluarga susulan kejadian itu.

"Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kesilapan saya. Tolong jangan sebut nama keluarga saya. Saya harus bertanggungjawab dan tolong jangan libatkan keluarga saya," tulisnya.

BACA LAGI: Hanya lambat 54 saat, ECRL dan HSR boleh contohi sistem kereta api di Jepun

BACA LAGI: Stadium jadi titik mula, penyokong Selangor FC terap budaya bersihkan sampah setiap kali lepas game

Screenshot (2970)

Tangkap layar video permohonan maaf Shinji Nakano.

Sebelum ini, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan ketidakpuashatian mereka dan melemparkan dakwaan bahawa Shinji menjadi punca Shah Firdaus terlepas peluang mendapatkan pingat gangsa.

Dalam insiden itu, kedua-dua pelumba basikal bersama wakil Britain, Jack Carlin turut terjatuh sebelum tiba ke garisan penamat.

Terdahulu, kontinjen negara itu untuk menamatkan penantian pingat emas sulung Sukan Olimpik tidak tercapai selepas atlet berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara akhir keirin pada Ahad.

Dalam aksi di Velodrom Saint Quentin, Muhammad Shah, 28, dilihat hampir berjaya menamatkan saingan di kedudukan podium apabila berada di kedudukan ketiga sebelum di terjatuh di selekoh akhir bersama pelumba Jepun, Nakano Shinji.

Insiden itu sekali gus menyebabkan atlet negara itu terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat keempat di belakang pelumba tempat pertama yang juga pemenang pingat emas, Harrie Lavreysen dari Belanda, dan Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer dari Australia yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram