SEORANG lelaki ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berkunci sekitar Taman Hillpark Waterfront, Ipoh, Perak pada Ahad.
Pembantu pengarah bahagian operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengendai insiden melibatkan mangsa berusia 42 tahun itu pada pukul 11.36 pagi.
Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dikerah ke lokasi kejadian dan menemui seorang lelaki di tempat duduk penumpang di dalam Mitsubishi Triton yang berkunci.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis sahkan bukan gempa bumi atau letupan kuari, dentuman kuat di Ipoh kekal misteri
BACA LAGI: Lelaki disangka penculik rupanya hanya beri sedekah di Ipoh
Pasukan perubatan mengesahkan lelaki berusia 42 tahun itu sudah meninggal dunia.
"Bomba berjaya membuka pintu kenderaan itu menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan.
Jelasnya lagi, mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram