[VIDEO] Jurutera, 2 juruterbang maut helikopter terhempas gara-gara kabus tebal di India


  • Benua
  • Rabu, 02 Okt 2024

Tiga orang terbunuh selepas sebuah helikopter peribadi terhempas di India pada Rabu. — Agensi

TIGA orang terbunuh selepas sebuah helikopter peribadi terhempas di India pada Rabu.

Menurut ketua pegawai bomba tempatan, Devendra Potphode helikopter tersebut terhempas lalu terbakar di kawasan berbukit selepas terhempas di pinggir bandar Pune, di tenggara hab kewangan Mumbai, kira-kira pukul 6.45 pagi waktu tempatan.

"Dua juruterbang dan seorang jurutera maut di tempat kejadian. Setibanya di tempat kejadian, kami melihat helikopter itu terhempas dan semua bahagiannya bersepai.

BACA LAGI: Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sampai kiamat kita sendiri', bapa terkorban nahas pesawat terhempas tidak lemahkan semangat Perajurit Muda Indiran

"Kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Memetik laporan media antarabangsa, helikopter itu disewa oleh Parti Kongres Nasional (Nationalist Congress Party) dan dalam perjalanan menuju ke Mumbai.

Walaupun punca nahas masih belum dikenal pasti, laporan media tempatan menyatakan terdapat kabus tebal di kawasan itu ketika kejadian berkenaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram