TINDAKAN dua individu warga asing dipercayai warga Indonesia menyamar sebagai orang tempatan gara-gara ingin mendapatkan harga tiket yang murah ketika berkunjung ke pusat pelancongan di dalam negara mengundang kecaman warga maya baru-baru ini.
Manakan tidak, kedua-duanya tanpa segan silu dan rasa bersalah turut memuat naik video berkongsi tip bagi memasuki tempat tumpuan ramai tersebut.
Menurut lelaki dan wanita yang tidak didedahkan namanya itu lagi, sekiranya warga Indonesia ingin mendapatkan tiket yang sama harga dengan orang tempatan, mereka hanya perlu menggunakan Bahasa Melayu.
"Kami orang Indonesia yang tinggal di Malaysia, kalau mahu tiket murah kami akan bercakap seperti orang Melayu," kata wanita tersebut.
Sementara itu, lelaki Indonesia itu juga mendakwa dia meminta rakannya yang juga penduduk tempatan untuk membeli tiket untuknya.
"Ketika berkunjung ke Melaka River Cruise, saya meminta rakan saya orang Malaysia membeli tiket untuk kami, setelah membeli tiket tersebut kami berpura-pura bercakap bahasa tempatan," katanya sambil ketawa.
BACA LAGI: [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil
Melihat kepada video tersebut, rata-rata warga maya meluahkan rasa marah dan mengecam tindakan kedua-dua individu berkenaan.
"Aku rasa seperti 'dirompak' di negara sendiri. Mudah sungguh orang asing mengambil kesempatan terhadap rakyat tempatan," tulis @hisham_ash.
Melihat kepada situasi tersebut, @nugget mencadangkan agar setiap negeri mencontohi Langkawi, Kedah yang tegas terhadap setiap pengunjung.
"Sepatutnya contohi Langkawi, minta tunjuk kad pengenalan diri (MyKad) setiap kali nak masuk ke satu tempat atau membeli barang. Jangan bagi muka sangat pelancong luar ini, mereka dah guna hak kita," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut di kerusi pemandu lepas berbalas tembakan dengan polis peronda
Selain meminta menunjukkan MyKad, ada juga yang mencadangkan agar setiap pengunjung menunjukkan lesen memandu yang sah bagi setiap pembelian tiket ke pusat pelancongan.
"Nak tunjuk kad pengenalan ini kadang-kadang orang tak selesa, minta lesen senang. Tak mungkin tak ada lesen memandu.
"Nak tipu pun tak boleh kalau bab lesen ini. Kalau orang tempatan mesti dia muat turun aplikasi MyJPJ, harap yang jaga kaunter ini bijak," tulis Raihan pula.
Sementara itu, seorang lagi pengguna @nadine mencadangkan setiap tempat pelancongan pelancong asing digalakkan membeli tiket secara dalam talian.
"Elok buat beli tiket secara online (dalam talian), nak beli empat tiket kena masukkan empat nombor MyKad. Kalau rasa cara ini susah, time beratur beli tiket minta mereka tunjuk aplikasi MySejahtera.
"Bagi aku MySejahtera ini masih lagi berguna, selain dapat mengelakkan penyebaran wabak Covid-19, dapat juga kita elak warga asing ambil kesempatan.
"Senang tak payah nak minta macam-macam, tunjuk aplikasi MySejahtera, kita tahu mereka orang Malaysia," tulisnya sambil meninggalkan emoji ketawa.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram