[VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil


  • Tular
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Tangkap layar seorang lelaki didakwa cuba membunuh teman wanitanya dengan cuba melemaskan mangsa di dalam sebuah kolam renang baru-baru ini.

SEORANG lelaki dipercayai melakukan percubaan membunuh teman wanitanya dengan cuba melemaskan mangsa di dalam sebuah kolam renang baru-baru ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah kondominium mewah di negara namun tidak dinyatakan lokasi sebenar.

Kejadian itu dirakam oleh salah seorang penduduk premis berkenaan dan video itu dimuat naik di laman media sosial X (Twitter), @adibhazlami pada Jumaat.

"Katanya di Malaysia. Dia nak lemaskan teman wanita dia sebab mengandung.

"Gila betul. Tak kira percubaan membunuh ke ini?," dakwanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut di kerusi pemandu lepas berbalas tembakan dengan polis peronda

BACA LAGI: [VIDEO] Gagal dapat wang beli dadah punca lelaki pukul ibu, ancam letup rumah di George Town

Melalui video seminit lebih yang dikongsikan, kedua-dua pasangan itu dilihat bertengkar terlebih dahulu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila lelaki berkenaan mula bertindak ganas dan mengasari wanita tersebut.

Lebih kejam lagi, lelaki tersebut dilihat mengheret mangsa dan mencampak wanita itu ke dalam kolam renang kondominium tersebut sebelum cuba melemaskan mangsa.

Namun, wanita itu bernasib baik apabila dia berjaya melepaskan diri daripada cengkaman lelaki berkenaan setelah bergelut selama beberapa saat.

Melihat wanita itu cuba melawan, lelaki itu kemudiannya mengundurkan diri.

Sementara itu, seorang lagi pengguna X, @RaziTheBoss007 berkongsi butiran terperinci kejadian itu.

Seorang rakannya turun bagi meleraikan pergaduhan itu dan selepas beberapa ketika, beberapa orang pengawal keselamatan muncul

“Wanita itu memberitahu rakan saya bahawa lelaki terbabit baru dapat mengenai kandungannya. Dia juga enggan menggugurkannya hingga menyebabkan lelaki itu marah dan memukulnya,” katanya.

Katanya, kawannya memberitahu bahawa wanita itu masih mempertahankan lelaki itu ketika pengawal keselamatan terbabit tiba dan berulang kali meminta agar tidak mencampuri urusan mereka

Dia turut memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di Kondominium D’latour di Subang Jaya.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mangsa mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram