SEORANG remaja perempuan berumur 19 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Pasir Era dekat Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Noorzaidi Mohamed dilaporkan berkata, mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai Nurul Farisya ditemukan pada kira-kira pukul 7 malam Sabtu.
Beliau berkata bomba menerima laporan mengenai insiden itu pada pukul 4.16 petang sebelum sepasukan anggota dari BBP Sungai Durian dan BBP Machang dikerah ke lokasi kejadian.
BACA LAGI: [VIDEO] Sejengkal dari ajal, wanita hampir maut selepas bumbung ranap timpa kereta
"Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang mandi di lokasi terbabit bersama rakannya, Rosmaira Maisara Muhamad Azam,13, namun rakannya itu terselamat.
"Mayat Nurul Farisya ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian oleh abangnya. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya pada Sabtu.
BACA LAGI: [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil
Terdahulu, tular satu video memaparkan sekumpulan bomba berada di lokasi kejadian.
Menurut pemilik video berkenaan, berlaku satu kejadian lemas melibatkan seorang remaja perempuan.
Turut kelihatan beberapa orang awam mengerumuni tempat kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram