PENGGUNAAN rokok elektronik (vape) dalam kalangan pelajar sekolah boleh dianggap berada pada tahap membimbangkan dewasa ini.
Malah penjualan vape secara dalam talian dan media sosial juga dilihat menyumbang kepada peningkatan penggunaan rokok elektronik tersebut dalam kalangan remaja di bawah umur tanpa mengira usia dan jantina.
Terbaharu, seorang pengguna media sosial yang juga dipercayai seorang guru, Aftah Nizam melalui laman Facebook Kami Guru Malaysia (KGM) meluahkan rasa risau selepas menangkap salah seorang pelajarnya membawa bahan terlarang itu ke sekolah.
BACA LAGI : Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge
Menurutnya, jika dilihat secara sekilas pandang, vape itu kelihatan seperti sebuah pen marker jenama terkenal.
"Begitu berinovasi.. janji jadi duit," tulisnya.
Penggunaan vape dalam kalangan pelajar ketika ini semakin membimbangkan. — Gambar Hiasan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan kerisauan terhadap isu tersebut dan meminta pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) agar segera bertindak.
Seorang pengguna media sosial, Azrul Naiman mendakwa pelajar-pelajar di sekolah sudah semakin berani membawa vape ke sekolah.
"Dah banyak kali tangkap pelajar bawa vape tetapi itulah.. ada saja jenama dan bentuk baharu yang mereka bawa. Sejujurnya yang berbentuk pen marker ini dah banyak kali saya rampas," tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi warga maya, Cik Melur pula mendakwa ada dalam kalangan pelajarnya menjual vape berkenaan di sekolah.
"Sekolah saya pelajar tingkatan dua yang bawa dan edar.. sasaran market dia murid-murid," dakwanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram