[VIDEO] Pelanggan restoran pandu Tesla rempuh tembok dah 10 tahun dibina di Serdang, bagi alasan tak nampak sebab gelap


  • Tular
  • Ahad, 04 Feb 2024

Keadaan kereta Tesla melanggar sebuah tembok batu di Jalan BS 3/12 dekat Serdang, Selangor pada Sabtu.

SEORANG pemilik kereta elektrik pintar, Tesla mengalami kerugian besar selepas dia melanggar sebuah tembok batu di Jalan BS 3/12 dekat Serdang, Selangor pada Sabtu malam.

Manakan tidak, melalu gambar dan video yang dikongsikan oleh YC Shaun pada hari yang sama menunjukkan bahagian depan kenderaan berwarna putih remuk ekoran impak daripada melanggar tembok berkenaan.

Menurut Shaun, pemilik kenderaan tersebut merupakan pelanggan dari sebuah restoran yang berlokasi di kawasan tersebut.

"Pelanggan dari P*k W*h merempuh sebuah tembok batu di Jalan BS 3/12, Serdang.

"Pelanggan itu mendakwa laluan gelap dan tidak dapat melihat dinding itu," tulisnya.

Ujar Shaun lagi, agak mustahil bagi mangsa tidak nampak tembok tersebut memandangkan ia sudah lama dibina.

"Tembok itu sebenarnya sudah dibina 10 tahun lepas ketika kawasan itu belum dimajukan sepenuhnya.

"Kewujudan tembok itu dikemaskini dalam semua peta dalam talian," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mesti lepas ni orang Simpang Pulai manis-manis je', ramai hentam komen tak sensitif warga TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengutarakan pandangan masing-masing berhubung kejadian tersebut.

Michael Yap berkata, kemalangan itu berkemungkinan berlaku ekoran daripada sistem kenderaan itu sendiri.

"Kadang-kadang sistem itu sendiri yang bermasalah. Berkemungkinan aplikasi peta dalam talian tidak dikemaskini," tulisnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Famili sedih, pemuda masuk ICU lepas bergelut dengan polis narkotik Langkawi ketika isi minyak akhirnya meninggal dunia

Seorang lagi warga maya, Indera sakti pula mempunyai pendapat yang beza dan menyalahkan pemandu tersebut.

"Lampu jalan terang-benderang, bila pula laluan gelap. ini mesti main telefon pintar," dakwanya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemandu tersebut mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram