[VIDEO] Kempunan tengok majlis korban, budak lelaki hampir buta kena gigit anjing jiran


  • Benua
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Tangkap layar seorang kanak-kanak lelaki hampir buta selepas mengalami kecederaan parah setelah dia diserang seekor anjing liarnya di Indonesia pada Ahad lalu.— Agensi

SEORANG kanak-kanak lelaki hampir buta selepas mengalami kecederaan parah setelah dia diserang seekor anjing liarnya di Indonesia pada Ahad lalu.

Peristiwa malang itu juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di kawasan lokasi kejadian.

Melalui video yang dimuat naik media antarabangsa, detikcom, pada Jumaat memaparkan kanak-kanak malang itu sedang berjalan bersama neneknya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut tersepit, lori bawa generator elektrik terjunam masuk lubang jalan mendap di Jambatan Bailey

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita Pontianak hilang nyawa jatuh treadmill, terpelanting dari tingkat 3 gimnasium

Budak lelaki itu kemudiannya dilihat berjalan ke arah pagar rumah jiran sebelum dia menghampiri pagar itu lebih dekat untuk melihat ke halaman rumah tersebut.

Seekor anjing secara tiba-tiba muncul dan terus menggigit muka kanak-kanak berkenaan, namun mangsa sempat melarikan diri dan terus berlari ke arah neneknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kebayoran Lama, Widya Agustiono mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu iaitu pada Hari Raya Korban.

Pada waktu kejadian, mangsa bersama neneknya sedang berjalan ke arah masjid untuk melihat upacara penyembelihan haiwan korban.

"Ketika melalui kawasan rumah jiran, mangsa telah diserang anjing tersebut.

"Mangsa kini masih lagi menerima rawatan di hospital. Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di mata kiri yang melibatkan saraf air mata," katanya pada Jumaat.

Menurut Widya lagi, keluarga mangsa masih belum membuat laporan polis.

"Keluarga mangsa tidak mahu membuat laporan polis dan pemilik anjing itu juga difahamkan akan bertanggungjawab dengan kejadian itu.

"Pemilik anjing berkenaan akan menanggung segala kos rawatan mata mangsa," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram