SEORANG lelaki meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di sebuah kilang papan yang berlokasi di Bandar Chon Thanh, Vietnam pada Ahad.
Terdahulu, mangsa yang dikenali sebagai Nguyen Van Luu, 38 tahun sedang menuang serbuk ke dalam sebuah mesin penggaul automatik di kilang berkenaan.
Mesin itu secara tiba-tiba menyala dan berfungsi dengan sendiri sehingga menyebabkan badan mangsa termasuk ke dalam mesin tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Elektrik putus tiba-tiba lepas mengaji, lebih 30 murid perempuan kena histeria
Lelaki malang itu kemudiannya dilihat berpusing beberapa kali sebelum dilihat terkulai tidak bernyawa.
Insiden ngeri yang berlaku pada pukul 1 petang Khamis itu juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kilang berkenaan.
Seorang lelaki meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di sebuah kilang papan yang berlokasi di Bandar Chon Thanh, Vietnam pada Ahad.
Kredit: Agensi pic.twitter.com/XcMy1ynduJ
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 26, 2024
Turut kelihatan beberapa rakan mangsa yang panik terus menutup suis utama mesin sebelum bergegas membantu mangsa.
Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan menggunakan ambulans.
Memetik laporan media antarabangsa, mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan yang mana tangan dan kaki kirinya putus.
Malah, kulit kepala mangsa juga dilihat terkopek.
Difahamkan, kilang tersebut baru sahaja beroperasi tidak sampai sebulan.
Menurut polis tempatan, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca utama kejadian itu berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram