[VIDEO] Rakan konvoi rakam detik penunggang 'superbike' terpelanting rempuh belakang kereta di lebuh raya


  • Tular
  • Ahad, 12 Mei 2024

Tangkap layar seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan di sebuah lebuh raya pada Ahad.

SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan di sebuah lebuh raya pada Sabtu.

Namun begitu tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang berkonvoi menuju ke suatu destinasi bersama rakannya yang lain.

Video kemalangan ngeri itu juga dirakam oleh salah seorang rakan mangsa pada waktu kejadian dan turut tular di media sosial pada hari yang sama.

BACA LAGI: [VIDEO] Saksi sayu, suami tersepit kemalangan jatuh gaung di Kulim, panggil isteri maut berkali-kali tidak menyahut

BACA LAGI : [VIDEO] Bukan mati, lelaki ditemui terbaring mulut ternganga hanya mabuk — Saksi

Melalui rakaman berdurasi kurang seminit yang dikongsikan, mangsa dilihat memotong beberapa kenderaan dengan laju sebelum dia hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah kereta jenis Honda City.

Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan mangsa terpelanting ke kiri jalan.

Melalui video berlainan memaparkan mangsa terbaring di tepi jalan ditemani oleh dua rakannya yang lain.

Turut kedengaran suara seorang lelaki menceritakan keadaan motosikal dan kereta yang terlibat kemalangan.

"Motosikal total lost (hancur) patah dua. Pecah rim, berpusing kereta," katanya.

Sementara itu, berdasarkan number pendaftaran yang digunakan oleh rakan mangsa, mereka dipercayai bukan warga negara tempatan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram