SEKURANG-KURANGNYA 27 orang termasuk sembilan kanak-kanak terkorban dalam satu kebakaran besar di sebuah taman hiburan di India pada Sabtu.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Rajkot dekat Gujarat, India.
Memetik laporan media antarabangsa, Asisten Komisioner Polis, Vinayak Patel berkata, kebanyakan mayat rentung sama sekali, sekali gus menyukarkan proses kenal pasti.
"Pemilik taman hibutan tersebut TRP Game Zone serta dua rakannya ditahan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Dulu setinggan Indonesia, sekarang Rohingya pula 'conquer' Kuala Lumpur'
BACA LAGI: [VIDEO] Elektrik putus tiba-tiba lepas mengaji, lebih 30 murid perempuan kena histeria
"Setakat ini, 27 orang termasuk empat kanak-kanak di bawah umur 12 tahun maut dalam insiden kebakaran itu.
"Taman ini biasanya penuh dengan keluarga dengan kanak-kanak menikmati percutian musim panas sekolah pada hujung minggu. Punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan dan belum dikenal pasti," katanya.
[Klik Gambar Untuk Tonton Video]
Pada masa sama, Pesuruhjaya Polis Rajkot, Raju Bhargava, mengesahkan bahawa arked itu dimiliki oleh seseorang yang dipanggil Yuvraj Singh Solanki.
Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut.
“Hati saya bersama dengan mereka yang telah kehilangan orang tersayang dan doa untuk mereka yang cedera. Kerajaan tempatan sedang berusaha untuk menyediakan semua bantuan kepada mereka yang terjejas,” ujarnya di platform X (Twitter).
Kebakaran adalah perkara biasa di India kerana keadaan kebanyakan bangunannya yang buruk, kesesakan dan kurangnya pematuhan terhadap peraturan keselamatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram