[VIDEO] Tips sampai RM30 punca pekerja stesen minyak pejam mata kereta Singapura 'curi' minyak RON95?


  • Tular
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Tangkap layar dua individu warga Singapura didakwa sengaja membeli petrol bersubsidi di negara ini yang lebih murah dengan memberi tips kepada seorang pekerja stesen minyak.

NAMPAKNYA isu yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia timbul kembali apabila dua individu warga Singapura didakwa sengaja membeli petrol bersubsidi di negara ini yang lebih murah dengan memberi tips kepada seorang pekerja stesen minyak.

Kejadian di salah sebuah stesen minyak yang berlokasi di Johor Jaya, Johor itu juga sempat dirakam oleh orang awam dan dimuat naik semula di media sosial X (Twitter), @update11111 pada Khamis.

Melalui video yang dikongsikan kelihatan pekerja stesen minyak itu turut membersihkan kenderaan jenis Mazda milik warga Singapura tersebut.

BACA LAGI: Kontroversi pelawak Singapura: Warganet cadang anjur 'contest' cari rakyat terpaling '1st world country' isi minyak kuning

BACA LAGI: [VIDEO] Masih tak faham bahasa, lelaki jerkah warga Singapura isi minyak subsidi RON95

Turut kedengaran suara perakam yang tidak berpuas hati dengan situasi tersebut.

"Ini kat stesen minyak Johor Jaya. Ini kereta orang Singapura, kalau kereta Malaysia dia tak pandang pun. Dia bersihkan semua sampai 'jilat' tayar.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

"Kadang-kadang warga Singapura isi Ron95 pun mereka boleh buat b***h kerana dapat tips.

"Pasal duit semua boleh. Kalau kereta Malaysia mereka tak pandang.

"Kalau mereka (warga Singapura) isi Ron95 tak apa, janji 'selit' RM20 ke RM30 dalam poket dia," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, seorang warga maya,@Izzat28740032 bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan merakam kejadian itu agar tidak berulang.

"Kalau sekali namanya motivasi bekerja tetapi kalau sudah banyak kali nilai kejujuran kerja sudah tergadai.

"Makan dua tempat, setuju pendedahan begini supaya masyarakat tahu rasuah kecilan begini jangan dibiarkan," katanya.

Bagaimanapun video tersebut tidak menunjukkan sama ada warga Singapura itu menggunakan minyak RON95 seperti yang didakwanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram