[VIDEO] 'Dulu setinggan Indonesia, sekarang Rohingya pula 'conquer' Kuala Lumpur'


  • Tular
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan penempatan haram warga Rohingya di kawasan berbukit di Kampung Indah Permai dekat Ampang Jaya.

MASALAH setinggan warga asing di Malaysia terus menjadi isu yang semakin meruncing dan membimbangkan.

Ini kerana isu ini melibatkan pelbagai aspek, termasuk dari segi sosial, ekonomi, dan keselamatan.

Jika dahulu kawasan setinggan ini banyak dihuni warga Indonesia, namun penempatan haram itu kini banyak dihuni oleh warga Rohingya sehingga wujudnya perkampungan mereka sendiri.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan rasa kurang senang bagi penduduk tempatan kerana sekiranya dibiarkan berlarutan, isu ini akan menimbulkan masalah serius dengan pelbagai aspek.

BACA LAGI: [VIDEO] DBKL tidak nampak? Warga asing bermaharajalela, selamba berniaga di Menara Merdeka 118

BACA LAGI: 'Takkan harap DBKL saja?', rakyat mahu agensi lain turun padang banteras isu penjaja asing di jalanan

Terbaharu, seorang lelaki menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung penempatan haram Rohingya yang berlokasi di kawasan berbukit di Kampung Indah Permai dekat Ampang Jaya, Selangor.

Video berdurasi lebih seminit itu turut dikongsikan di laman X (Twitter), @MALAYSIAVIRALLL pada Khamis.

Melalui rakaman tersebut, kelihatan tapak penempatan yang dihuni warga asing didakwa diteroka tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Turut kedengaran suara perakam yang meminta pihak kerajaan memandang serius isu tersebut.

"Hebat, hebat mereka (Warga Rohingya) boleh buat apa sahaja. Penempatan seperti ini, tak akan pihak berkuasa tempatan (PBT) tak nampak?

"Buta kayu atau telah 'dibutakan'? Teruk negaraku," katanya.

Tambah individu berkenaan lagi, warga asing yang tinggal di penempatan itu turut melakukan pencemaran udara dengan membakar sampah secara terbuka.

"Sudahlah menceroboh negara orang, buat pencemaran udara lagi. Ini semua warga asing, warga Rohingya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meminta pihak kerajaan terutamanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengambil tindakan segera.

@rose_roziana berkata setinggan Rohingya di Kuala Lumpur sememangnya merupakan isu serius yang memerlukan perhatian segera.

"Mohon Dr Zaliha Mustafa melihat isu ini dengan lebih serius kerana ia melibatkan integriti PBT tempatan. Jangan berdiam diri, Rohingya ini parasit yang membawa kerugian pada negara," tulisnya.

Seorang lagi warga maya, @amin_Haikal berkata, keadaan itu memperlihatkan berlakunya kelemahan dalam sistem kerajaan.

"Dulu setinggan Indonesia. Sekarang ini Rohingya pula 'conquer' Kuala Lumpur. Lemah kerajaan kita ini. Ambil tindakan tegas dan halau semua," tulisnya.

Untuk rekod, kebanyakan setinggan Rohingya tinggal dalam keadaan yang sangat tidak mencukupi dengan kekurangan infrastruktur asas seperti air bersih, sanitasi, dan tempat tinggal yang selamat.

Keadaan ini menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan yang serius, sehubungan itu, kerajaan bersama agensi yang berkaitan seharusnya menguatkuasakan undang-undang lebih ketat bagi membedung masalah tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram