[VIDEO] Pengadil dipukul pemain MSSD: KFA tunggu laporan penuh JPN Kedah


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Tangkap layar video membabitkan insiden pergaduhan antara pemain dan pengadil dalam kejohanan MSSD baru-baru ini.

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut susulan dari insiden pergaduhan di kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kubang Pasu, Kedah baru-baru ini, lapor Harian Metro.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib KFA, Mohd Farhan Ahmad berkata, JPN Kedah sebagai badan penganjur kepada kejohanan itu akan menyerahkan laporan kepada pihaknya sebelum sebarang keputusan diputuskan.

"Ini memberi kesedaran kepada kita bahawa generasi muda sekarang sangat mudah menggunakan kekerasan tanpa mempertimbangkan kesan terhadap pasukan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil MSSD naik angin lepas dipukul pemain dari belakang di Kubang Pasu

BACA LAGI: TMJ ‘bersuara’ kes pecah rumah Khuzaimi Piee, ‘komen ni kena delete ke?’

"Pihak Jawatankuasa Tatatertib KFA akan memastikan keputusan yang akan dibuat adalah adil dan saksama.

"Mohon pihak lain tidak membuat apa-apa spekulasi sebelum keputusan diumumkan," katanya pada Khamis.

Terdahulu, Majoriti melaporkan satu pergaduhan di atas padang bola sepak berjaya dirakam oleh lensa kamera penyokong yang hadir bagi menyaksikan kejohanan MSSD Kubang Pasu.

Rakaman itu tular di media sosial yang menyaksikan pengadil kelihatan tidak berpuas hati dengan tindakan pemain-pemain selepas melakukan provokasi dan memukulnya tanpa sebab.

Pihak pengurusan kedua-dua buah pasukan turut masuk campur untuk menenangkan keadaan selepas pengadil terlibat mahu membalas kembali perbuatan individu yang memukulnya.

Namun, pengadil tersebut telah ditenangkan oleh orang ramai sebelum berjumpa dengan pihak pengurusan pemain yang terlibat dan meminta maaf atas perbuatannya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram