Mangsa ugut ibu bapa sendiri, antara kes scammer 'pelik bin ajaib' pernah berlaku di Malaysia


  • Massa
  • Sabtu, 25 Mei 2024

Kes penipuan yang pelik dan luar biasa di Malaysia menunjukkan betapa kreatifnya para scammer dalam mencipta modus operandi baharu untuk memperdaya mangsa. — Gambar hiasan/AZHAR MAHFOF/The Star

SEIRING dengan pembangunan teknologi, kes penipuan atau scam di Malaysia juga berkembang dengan pesat, menjadi semakin canggih dan sukar dikesan. Scammer menggunakan teknologi terkini untuk memperdaya mangsa dengan pelbagai modus operandi.

Walaupun banyak tangkapan dilakukan polis dan turut disiarkan di media massa namun kes penipuan scammer tetap berlaku dan angka kes meningkat saban tahun.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkategorikan penipuan ini kepada beberapa jenis seperti Macau Scam, Love Scam, Parcel Scam, menyamar sebagai rakan atau kenalan di mana mangsa membabitkan pelbagai latar belakang sama ada individu profesional, kelas menengah mahupun warga tua.

BACA LAGI: Tak mudah nak hapuskan, jangan senangkan kerja scammer

BACA LAGI: [VIDEO] Influencer masuk sarang scammer di Kemboja ditahan buat 'content' palsu

Terbaharu, seorang lelaki kerugian RM12,000 selepas diperdaya dalam aktiviti 'love scam' baru-baru ini.

Lebih malang lagi, mangsa yang berumur 27 tahun ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita yang sebelum itu meminta mangsa menyerahkan sejumlah wang demi cinta.

Mangsa menyedari ditipu selepas seorang rakan turut memaklumkan berkenalan dengan suspek menggunakan modus operandi sama. Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek lelaki di Cyberjaya.

Kes seperti itu bukanlah kali pertama terjadi, malah ada yang melibatkan mangsa yang berpendidikan tinggi. Sehubungan itu, Majoriti menyenaraikan beberapa kes penipuan atau scam pelik yang pernah berlaku dalam negara.

1. Angkara scammer, remaja sembunyikan diri, hilang simpanan sejumlah RM283,000

After the victim has made several investments through the phony site, any requests to have cash withdrawn are ignored or denied for one reason or another. The scammer then disappears, taking the victim’s money with them. — Image by jcomp on Freepik

Seorang remaja berusia 18 tahun menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis sehingga menyebabkan dia menyembunyikan diri. — Gambar Hiasan

Tahun lalu, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis sehingga menyebabkan dia menyembunyikan diri dan membayar sejumlah RM283,000.

Media melaporkan kejadian tersebut yang bermula apabila mangsa dihubungi oleh scammer yang mendakwa dia mempunyai kiriman bungkusan mengandungi dadah dan diminta membuat beberapa transaksi pembayaran.

Mangsa telah membuat empat transaksi pembayaran sendiri, bermula pada 30 September dengan pemindahan sebanyak RM80,000. Transaksi kedua dilakukan pada 1 Oktober dengan jumlah yang sama, diikuti oleh dua lagi pembayaran pada 2 dan 3 Oktober berjumlah RM80,000 dan RM43,000 masing-masing, tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Setelah kehabisan wang simpanan, mangsa diarahkan oleh scammer untuk melarikan diri dari rumah dan bersembunyi di sebuah rumah inap di Shah Alam, Selangor.

Scammer kemudian menghubungi ibu bapa mangsa dan meminta tebusan sebanyak RM300,000. Ekoran ugutan tersebut, ibu bapa mangsa membuat laporan polis.

Polis berjaya mengesan mangsa pada 5 Oktober dan mendapati tiada elemen culik dalam kes tersebut. Mangsa berada dalam keadaan teramat takut dan hasil siasatan menunjukkan dia seorang yang baik dan tidak mempunyai banyak kenalan.

Dua hari selepas mangsa diselamatkan, polis menahan dua lelaki warga tempatan berusia 24 dan 32 tahun di Pulau Pinang.

2. Teruja menang hadiah cabutan bertuah, kerani wanita rugi RM13,788

Investment scammers will often inform their victims that their lucrative investment deals are on a limited time offer, forcing them to make quick and ill-advised decisions.

Seorang kerani wanita untuk menuntut hadiah kemenangan wang tunai RM8,888 lebur selepas terpedaya dengan sindiket cabutan bertuah. — Gambar Hiasan

Hasrat seorang kerani wanita untuk menuntut hadiah kemenangan wang tunai RM8,888 lebur selepas terpedaya dengan sindiket cabutan bertuah dalam kejadian di Bentong, Pahang pada tahun 2020.

Mangsa yang berusia 25 tahun tahun pada ketika itu kerugian RM13,788 selepas berkongsi maklumat peribadi perbankan kononnya bagi urusan penerimaan hadiah tersebut.

Media melaporkan, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki yang memaklumkan dirinya telah terpilih untuk menyertai cabutan bertuah anjuran sebuah syarikat penyedia e-dompet.

Pada hari yang sama, suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan memberitahu dirinya telah memenangi wang tunai berjumlah RM8,888 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank mangsa dalam tempoh lima hari.

Mangsa yang teruja dengan 'kemenangan' itu telah menuruti semua arahan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu selepas membuat semakan akaun simpanannya dan mendapati terdapat banyak transaksi pemindahan wang tanpa pengetahuannya.

3. Terpanah cinta ‘kekasih Australia’, penoreh getah lesap RM99,000 duit KWSP

lovescam-scaled

Seorang lelaki hanya mampu berputih mata kerugian RM99,000 selepas terpedaya dengan sindiket 'Love Scam'. — Gambar Hiasan

Pada 2021, seorang lelaki hanya mampu berputih mata kerugian RM99,000 selepas terpedaya dengan sindiket 'Love Scam' menerusi media sosial dalam kejadian di Kampung Baru Cina Air Hitam dekat Jempol, Negeri Sembilan.

Mangsa yang juga seorang penoreh getah dan juga pesara swasta mendakwa telah berkenalan dengan seorang wanita warganegara Singapura yang mengaku menetap di Australia, menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Jempol pada ketika itu, Superitendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa telah memindahkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke akaun wanita berkenaan selepas kekasihnya itu mengadu mempunyai masalah kewangan dan ingin membantu menyelesaikan urusan perniagaannya yang tergendala.

Lebih pelik lagi, mangsa sanggup memindahkan wang tersebut walaupun hanya menjalinkan hubungan secara maya sejak awal Februari lepas dengan hanya berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dan tidak pernah melakukan panggilan telefon atau video sepanjang perkenalan.

Mangsa sedar bahawa dirinya ditipu apabila wanita tersebut sekali lagi meminta mangsa memasukkan sejumlah wang berjumlah RM131,000 dengan alasan masalah kewangan syarikat yang masih lagi tidak dapat diselesaikan.

Kes penipuan yang pelik dan luar biasa di Malaysia menunjukkan betapa kreatifnya para scammer dalam mencipta modus operandi baharu untuk memperdaya mangsa. Kesedaran dan pendidikan tentang taktik penipuan serta langkah pencegahan yang tepat adalah penting untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa dan dengan kerjasama antara pihak berkuasa, syarikat teknologi, dan masyarakat, usaha untuk membanteras penipuan dapat ditingkatkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram