SERAMAI 30 pelajar perempuan di salah sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan diserang histeria pada Sabtu.
Melalui perkongsian seorang individu yang hanya dikenali sebagai Afiq di aplikasi WhatsApp, kejadian itu berlaku di surau sekolah berkenaan sehingga berlarutan ke asrama kira-kira pukul 8.30 malam.
Difahamkan kejadian itu dirakam oleh orang awam yang tinggal berdekatan sekolah tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki hilang 26 tahun rupanya diculik jiran, dakwa kena sihir sampai tak boleh bercakap
"Budak asrama perempuan histeria malam tadi (Sabtu). Semua menjerit dan menangis.
"Ada yang cerita mereka nampak 'benda' tapi tak tahu sahih ke tidak," katanya sambil memberitahu, mereka semua berada di surau dan baru selesai mengaji al-Quran sebelum bekalan elektrik tiba-tiba terputus seketika.
Melalui video berdurasi seminit yang dikongsikan, kedengaran beberapa suara orang pelajar menjerit kesakitan.
Keadaan di dalam surau itu juga huru-hara dengan beberapa pelajar lain cuba membantu mangsa yang diserang histeria.
Seramai 30 pelajar perempuan di salah sebuah sekolah menengah yang berlokasi di Kelantan diserang histeria pada Sabtu.
Kredit: Afiq pic.twitter.com/RIQdHdccW3
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 19, 2024
Sementara itu, memetik laporan media Harian Metro, seorang penduduk yang dikenali sebagai Saleha, 20-an berkata, pelajar yang diserang histeria ditenangkan ustaz dari sekolah terbabit serta beberapa pengamal perubatan Islam yang datang.
Menurutnya lagi, keadaan kembali tenang selepas hampir tiga jam dan semua pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
"Kejadian ini bukan kali pertama berlaku dan seingat saya kali terakhir adalah empat tahun lalu iaitu sewaktu saya bersekolah di sana.
"Saya difahamkan ada beberapa lokasi 'keras' di sekolah itu dan boleh dikatakan kami sudah lali dengan kejadian histeria yang menyerang pelajar," katanya
Kejadian diserang histeria melibatkan pelajar perempuan ini bukan kali pertama berlaku dalam negara pada tahun ini.
Sebelum ini, Majoriti melaporkan seramai 165 pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas), Negeri Sembilan terpaksa diberikan cuti selama lima hari berikutan kejadian histeria yang berlaku pada April lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram