[VIDEO] Pemilik Toyota Fortuner terkedu penyamun lari macam lipas kudung lepas hanya curi 'side mirror' semata-mata


  • Benua
  • Rabu, 01 Mei 2024

Tangkap layar suspek mencuri cermin sisi kenderaan di Kompleks Perumahan, Karang Tengah pada Selasa lalu. — Agensi

SEORANG lelaki mengalami kerugian ribuan ringgit selepas cermin sisi (side mirror) kenderaan miliknya dicuri dua individu tak dikenali Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku di Kompleks Perumahan, Karang Tengah dekat Tangerang, Indonesia pada pukul 2.38 petang.

Memetik laporan media antarabangsa, salah seorang daripada suspek mematahkan cermin sisi kenderaan jenis Toyota Fortuner milik mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Kejadian itu turut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik mangsa.

Melalui rakaman CCTV yang dikongsikan di media sosial tersebut kelihatan suspek memakai hoodie memanjat pagar rumah mangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] YouTuber Indonesia sanggup buat konten, dedah ‘sisi gelap’ KL dipenuhi pengemis warga asing

BACA LAGI: Rumah terbakar 100 peratus di Sandakan, wanita warga emas rentung

Sementara itu rakan subahat suspek menunggu di luar kawasan rumah berkenaan.

Supek pada mulanya mematahkan cermin sisi sebelah kanan sebelum aksinya itu disedari salah seorang keluarga mangsa.

Suspek yang panik terus berlari ke sebelah kiri kenderaan dan terus mematahkan cermin sisi.

Dia kemudiannya dilihat memanjat pagar rumah sebelum melarikan diri.

Difahamkan, mangsa sudah membuat laporan kepada pihak polis dan kes tersebut masih dalam siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram