[VIDEO] YouTuber Indonesia sanggup buat konten, dedah ‘sisi gelap’ KL dipenuhi pengemis warga asing


  • Tular
  • Rabu, 01 Mei 2024

Nodiewakgenk mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik video cuba memberi wang kepada seorang lelaki di Kuala Lumpur baru-baru ini.

SEORANG pempengaruh (influencer) Indonesia, Nodiewakgenk mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik video cuba memberi wang kepada seorang lelaki di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Melalui video tersebut Nodiewakgenk atau nama sebenarnya Junaidi yang juga YouTuber dilihat sedang berjalan-jalan di kawasan Bukit Bintang bersama rakan-rakannya yang lain ketika mereka sedang melancong di dalam negara baru-baru ini.

"Siapa cakap di Malaysia tak ada pengemis? Kau tengok ini aku nak bagi duit," katanya.

Dia kemudiannya cuba memberikan wang kepada seorang lelaki. Namun, lelaki yang didakwa pengemis itu menolak untuk menerima wang yang diberikan Junaidi.

"Ternyata pengemis di Malaysia tak nak duit. Bagaimana pula di Indonesia?" soalnya.

Video berdurasi lebih seminit itu rata-rata mendapat kecaman warga maya di Malaysia dan juga negara seberang kerana tidak menjaga air muka dan sensitiviti lelaki tersebut.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata warga maya mendakwa kebanyakan tempat di Kuala Lumpur dipenuhi dengan pengemis warga asing yang menyamar sebagai orang tempatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki


 

Siapa bilang di Malaysia gak ada pengemis

Posted by Nodiewakgenk on Monday 29 April 2024

BACA LAGI: [VIDEO] 'Allahuakbar', saksi nampak rider terpelanting rempuh Black Maria di Melaka

Seorang warga maya, Azhar Faiz mendakwa, kebanyakan pengemis di Malaysia adalah dari negara luar.

"Aku jujur, kalau kita lihat orang China menyamar sebagai rakyat tempatan. Ada juga pengemis dari Syria, Iran dan pelarian Timur Tengah," katanya.

Menurut Azhar lagi, kebanyakan pengemis warga asing ini tinggal di hotel berdekatan ibu kota.

"Mereka mengemis di Bukit Bintang, kawasan berdekatan Masjid Jamek dan Pasar Seni.

"Orang Malaysia pemurah dan suka bersedekah. Malah ada orang China datang ke Malaysia (guna pas melancong) memang semata-mata untuk mengemis," dakwanya.

323633665_714751550054555_6093265377881422268_n

Pempengaruh Indonesia, Nodiewakgenk

Norazizah Selamat turut mempunyai pendapat yang sama dengan Azhar.

"Dari Indonesia pun ada mengemis bawa anak kecil lagi, semua pengemis itu dari negara luar yang datang ke Malaysia buka warganegara Malaysia yang asli," katanya.

Sementara itu, seorang warga Indonesia, Ju Lia turut berkongsi pengalamannya bekerja di Malaysia.

"Saya sudah bekerja lama di sini dan di Malaysia yang menjadi pengemis itu warga asing.

"Susah nak tengok orang tempatan, tidak pernah lagi saya melihat orang Melayu mengemis.

"Malaysia juga mempunyai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan membantu rakyat tempatan yang susah bukan seperti Indonesia.

"Kerajaan Indonesia sendiri tak mahu ambil tahu kisah rakyatnya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram