Wanita buat 'part-time' jadi teman hidup upahan, untung puluhan ribu ringgit


  • Benua
  • Selasa, 21 Mac 2023

Sewa harian untuk menyewa seorang teman lelaki atau teman wanita bagi individu bujang adalah serendah RM649 di China. — Gambar hiasan/Agensi

DENGAN harga bermula 1,000 yuan (RM649) sehari, individu bujang kini boleh menyewa teman lelaki atau teman wanita bagi menceriakan hari-hari mereka.

Perkara itu didedahkan oleh seorang wartawan dari China, yang menyamar sebagai seorang pelanggan untuk menyewa teman wanita.

Menurut wartawan Chao News itu, perkara tersebut bermula apabila teman wanitanya mendaftarkan akaunnya di laman web 89yn.com.

Tidak lama kemudian, wartawan itu dihubungi oleh seorang wanita dari aplikasi WeChat dengan nama samaran Mumu.

Mumu memperkenalkan dirinya berusia 29 tahun dan mempunyai latar belakang pendidikan ijazah sarjana muda dari sebuah universiti.

Yuran sewa hariannya adalah bernilai 1,000 yuan (RM649), dengan bayaran tambahan 500 yuan (RM325) sebagai wang pendahuluan, manakala 350 yuan (RM227) lagi untuk perkara lain.

Selain itu, wartawan itu perlu membayar 20 yuan (RM13) jika mahu melihat foto wanita tersebut.

template - 2023-03-21T155754.801

Tangkap layar laman web yang memberi khidmat menyewa teman lelaki atau teman wanita.

Wartawan itu bersetuju dengan harga yang ditawarkan sebelum mereka mengadakan pertemuan di Nanjing dekat wilayah Jiangsu, di timur China.

Ketika pertemuan itu, Mumu berkata, dia bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat dengan gaji bulanan 5,000 yuan (RM3,253).

Katanya, dia hanya bekerja sebagai teman wanita yang disewa ketika masa lapang, manakala cuti umum merupakan waktu dia mendapat lebih keuntungan

"Tahun Baharu Cina, cuti pada bulan Mei dan cuti hari Kebangsaan semuanya sudah habis ditempah. Sewa untuk hari tersebut ialah 2,500 yuan (RM1,626).

"Saya terlalu sibuk terutama ketika Tahun Baharu Cina sehingga sering menerima lebih daripada satu tempahan pada hari sama. Saya masih ingat semasa dua minggu sekitar Tahun Baharu Cina beberapa tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sebanyak 40,000 yuan (RM26,000)," kata Mumu.

template - 2023-03-21T160251.568

Tangkap layar maklumat pelanggan yang mahu menyewa teman wanita di aplikasi tersebut.

Tambah Mumu, sekiranya dia tidak mampu melayan pelanggannya, dia akan memperkenalkan mereka kepada wanita lain.

"Sebagai contoh, jika yuran sewa ialah 1,000 (RM649) yuan sehari, saya boleh mendapat komisen sebanyak 200 yuan (RM130)," katanya sambil menambah bahawa dia sudah pun memperoleh puluhan ribu yuan hasil pendapatan komisen itu setakat ini.

Menyamar selamatkan lelaki bujang

template - 2023-03-21T160613.358

Mumu berkata, dia juga pernah menyamar sebagai pengantin perempuan. — Gambar hiasan/Agensi

Jelasnya, kebanyakan pelanggannya tinggal di negara itu dan secara purata berusia sekitar 30 tahun, selain berdepan tekanan daripada keluarga mereka untuk berkahwin.

Ujarnya lagi, kebanyakannya memintanya untuk menemani mereka bertemu ibu bapa masing-masing.

Selain itu, ada juga yang memintanya mengambil gambar perkahwinan bersama mereka, manakala ada juga yang mengadakan jamuan perkahwinan dan memintanya menyamar sebagai pengantin perempuan serta mendapatkan sijil nikah palsu.

Malah, terdapat juga pelanggannya yang mengamalkan gaya hidup songsang iaitu gay.

Bukan itu sahaja, ada juga kes yang mana beberapa pelanggan lelaki berstatus bujang dan tinggal di kawasan luar bandar.

Katanya, mereka mahu menyewanya bertujuan membuktikan kepada jiran bahawa mereka mempunyai teman wanita.

"Ramai lelaki bujang yang tinggal di luar bandar berbuat begitu. Mereka miskin tetapi mereka mahu menjaga maruah," katanya.

Bercakap mengenai larangan ketika temu janji bersama pelanggannya, Mumu berkata, dia tidak boleh sesekali jatuh cinta.

"Saya boleh memegang tangan mereka. Jika mereka membayar lebih, saya juga boleh melakukan 'perkara lain'.

"Saya hanya akan berhenti daripada industri ini jika saya berfikir untuk mencari teman lelaki sebenar," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram