PDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi — Saifuddin


  • Primer
  • Selasa, 21 Mac 2023

Tangkap layar video tular dua orang lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular dalam media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan kini sedang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saifuddin memaklumkan kes tersebut sedang dalam siasatan PDRM.

"Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Selangor pada Selasa.

Hadir sama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhamad.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 52 saat dalam media sosial memaparkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram