GARA-gara ketiadaan ambulans, sebuah jentolak terpaksa digunakan untuk menghantar seorang lelaki yang cedera dalam kemalangan di wilayah Katni, India pada Selasa.
Menerusi video berdurasi 40 saat itu memaparkan mangsa yang cedera selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Khitauli Road berhampiran Balai Polis Barhi.
Menurut orang awam yang berada di lokasi, mereka telah menghubungi hospital untuk menghantar ambulans namun tiada yang sampai walaupun sudah lebih 30 minit kejadian tersebut berlaku.
Orang awam juga telah meminta bantuan kenderaan lain untuk menghantar mangsa namun tiada yang berhenti memberi pertolongan.
Memandangkan keadaan mangsa semakin teruk, mereka menggunakan jentolak untuk menghantar mangsa ke hospital.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan mangsa sama ada mengalami kecederaan parah atau tidak.
Tiada butiran diberikan tentang kejadian kemalangan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram