Dikait ke Old Trafford, Marc Guehi lebih wajar sertai Man United berbanding Liverpool


  • Podium
  • Isnin, 10 Nov 2025

Guehi dikejar dua kelab terbesar di England iaitu Liverpool dan Manchester United. — Agensi

SEJAK dari awal musim, nama pemain pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool namun ia tidak menjadi kenyataan.

Akan tetapi, Guehi secara terbuka mahu tinggalkan Palace dengan destinasinya tetap ke Anfield walaupun belum rasmi, cuma kini ada plot twist.

Manchester United dikatakan sedia untuk memintas Liverpool dalam mendapatkan Guehi dengan Old Trafford dilihat lokasi lebih sesuai berbanding Anfield buat Guehi.

BACA LAGI: 'Kalah dalam menang', hajat skuad ragbi MAKSAK Kedah raih gelaran musnah akibat kesilapan teknikal 'tak wujud'

BACA LAGI: ‘Bukan saja fikir pasal final’, harungi minggu mencabar di Asia, Bergson enggan pandang mudah Kuching City

Bakal pemimpin United

Cubaan United untuk mendapatkan Guehi daripada menyertai Liverpool bukannya kerana iri hati sebaliknya mereka ada rancangan tersendiri.

Guehi yang merupakan ketua pasukan di Palace dilihat sebagai penyambung legasi kepimpinan sedia ada di Old Trafford yang diterajui Bruno Fernandes dan Harry Maguire.

Maguire mungkin meninggalkan United kerana faktor usia. — Agensi

Dengan Fernandes dikatakan sedia meninggalkan United dan Maguire semakin berusia, wajarlah kepimpinan itu disambungkan supaya skuad terus teguh.

Dengan profil Guehi sebagai muka lazim dalam skuad England, berpindah ke United pasti akan meningkatkan reputasinya.

Projek Amorim semakin stabil

Satu perkara yang boleh menyakinkan Guehi untuk ke Old Trafford berbanding Anfield adalah kerana projek Ruben Amorim semakin stabil.

Walaupun belum menunjukkan hasil sepenuhnya, bibit-bibit kebangkitan United sudah mula kelihatan apabila beberapa pemain baharu mula memberikan impak.

Projek Amorim semakin berhasil di United. — Agensi

Kemasukan Guehi akan menambahkan sengat di posisi penting seperti pertahanan tengah yang ada masanya masih akan bocor apabila beraksi.

Oleh itu, Guehi boleh menjadi wira dan menjadi pemimpin pertahanan United dan kapten kelab jika dia sanggup menolak tawaran Liverpool.

Pilihan di tangan Guehi

Bukan setiap masa kelab besar mengejar tandatangan anda, apatah lagi dua pasukan terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.

United dan Liverpool menawarkan tawaran yang sangat menarik dan semestinya, lumayan yang mampu melonjakkan karier Guehi selepas ini.

Mana satu bakal jadi pilihan Guehi? — Agensi

Apa saja pilihan Guehi, pastinya anjakan paradigma akan berlaku dengan dia berpotensi akan mempunyai karier lebih gemilang selepas ini.

Jadi, yang mana satu pilihan kalbu? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram