[VIDEO] 'Ada ke main tinggal saja?', wanita warga emas berkerusi roda dipercayai kena tinggal tepi jalan raya


  • Tular
  • Sabtu, 08 Nov 2025

Wanita warga emas berkerusi roda itu dibantu oleh pihak polis selepas aduan dilakukan oleh orang awam.

APABILA seseorang itu tidak mempunyai kenderaan, mereka perlu menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari satu destinasi ke lokasi lain.

Apabila menggunakan perkhidmatan awam, ia akan memastikan penumpang akan sampai dengan selamat dengan destinasi yang dituju.

Namun begitu, lain pula ceritanya di Pulau Pinang apabila seorang pengguna pengangkutan awam yang merupakan wanita warga emas dipercayai ditinggalkan di tepi jalan oleh teksi dinaikinya.

BACA LAGI: 'Acik' kantin dijulang jadi wira, sumbang usaha pastikan rekaan SMK Jugra muncul juara

BACA LAGI: 'Saya masih menyayanginya sepenuh hati', lelaki Sibu dipenjara 20 tahun lepas tetak isteri, anak perempuan

Dalam sebuah rakaman yang tular di media sosial, seorang pemuda mengatakan wanita warga emas yang berkerusi roda memberitahu dirinya ditinggalkan oleh pemandu teksi yang membawanya.

Kata pemuda yang berada di lokasi kejadian semasa ia berlaku, dia berada di situ untuk memunggah barang dari van miliknya.

Namun begitu, secara tiba-tiba teksi itu datang lalu menurunkan wanita itu bersama barang-barangnya kemudian berlalu pergi.

Bengang mendengar keluhan warga emas itu, pemuda tersebut terus membuat laporan polis mengenai situasi sukar dihadapi wanita tersebut.

Mujur, beberapa anggota polis hadir segera ke lokasi untuk memberikan bantuan terhadap warga emas tidak bernasib baik tersebut.

Punca yang menyebabkan warga emas itu ditinggalkan masih menjadi tanda tanya.

Wanita tersebut dilaporkan dalam keadaan selamat selepas pihak polis datang memberikan bantuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram