'Kalah dalam menang', hajat skuad ragbi MAKSAK Kedah raih gelaran musnah akibat kesilapan teknikal 'tak wujud'


  • Podium
  • Sabtu, 08 Nov 2025

Aksi ragbi 10 sebelah antara MAKSAK Kedah dan MAKSAK Johor.

MENJADI perkara biasa dalam sukan ragbi apabila pasukan-pasukan akan bertanding untuk merebut beberapa gelaran seperti cup dan plate.

Ia menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk bermain dengan adil dan mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.

Namun begitu, lain pula ceritanya dalam Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) apabila ada pasukan ‘tumpas’ atas kesalahan teknikal yang tidak dilakukan.

BACA LAGI: ‘Comel adik’, Rizal Ghazali, isteri sambut kelahiran cahaya mata sulung

BACA LAGI: Biar lambat asalkan selamat, Mamadou Diarra mungkin 'jawapan' terbaik Selangor

Luahan di media sosial mengenai bagaimana MAKSAK Kedah kerana masalah teknikal.

Dalam satu aksi ragbi 10 sebelah yang diadakan pada Jumaat, MAKSAK Kedah berjaya menewaskan MAKSAK Johor dengan keputusan 12-7 di peringkat suku akhir cup/plate.

Akan tetapi, kemenangan itu dibantah pihak lawan dengan mendakwa MAKSAK Kedah melakukan kesilapan teknikal kerana tidak menyerahkan kad pertukaran kepada pegawai perlawanan.

Namun begitu, dalam satu status media sosial yang tular, ada pihak menafikan perkara tersebut.

“Menang aksi suku akhir kategori cup/plate, kena protes (dengan pihak lawan), sebab isu teknikal iaitu kad pertukaran tak diserahkan, tapi sebenarnya tak jadi pun.”

“Keputusannya, kemenangan dikekalkan 12-7, tapi Kedah kena main kategori plate sebab isu teknikal," jelas status tersebut.

Pihak Majoriti menghubungi MAKSAK Kedah namun mereka enggan memberikan komen berkenaan insiden tersebut.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram