‘Comel adik’, Rizal Ghazali, isteri sambut kelahiran cahaya mata sulung


  • Podium
  • Sabtu, 08 Nov 2025

Rizal (kiri) dan isteri mendirikan rumah tangga Januari lalu. — Jelita Images/rizalghazali15

PEMAIN Imigresen FC, Rizal Ghazali menerima khabar gembira apabila menimang cahaya mata buat pertama kali.

Dalam kemas kini terkininya di Instagram, Rizal yang merupakan bekas pemain Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC berkongsikan berita gembira itu pada Ahad.

Bekas pertahanan Harimau Malaya itu mengatakan yang dia menimang anak lelaki dengan masih belum mendedahkan namanya.

BACA LAGI: Biar lambat asalkan selamat, Mamadou Diarra mungkin 'jawapan' terbaik Selangor

BACA LAGI: 'Acik' kantin dijulang jadi wira, sumbang usaha pastikan rekaan SMK Jugra muncul juara

Kemas kini oleh Rizal mengumumkan ketibaan cahaya matanya. — Instagram/rizalghazali15

“ALHAMDULILLAH, isteri saya baru bersalin anak sulung lelaki,” kata Rizal ringkas menerusi Instagram Story (IG Story).

Berita itu disambut baik oleh ahli keluarganya yang gembira melihat Rizal dan isterinya, Nurul Syamimi Yusof memperoleh cahaya mata.

“Masya-ALLAH, tabarak-ALLAH, tahniah Rizal dan Syamimi, comel adik baby. Semoga membesar menjadi anak yang soleh,” kata salah seorang ahli keluarganya dikenal sebagai widad_ila.

Rizal dan Nurul Syamimi mendirikan perkahwinan mereka pada 25 Januari 2025 di Masjid Gunung Sali, Alor Setar, Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram