KETIKA ini, Filipina sedang berdepan waktu sukar apabila taufan Tino melanda negara tersebut.
Taufan tersebut yang melanda wilayah Cebu mengorbankan 140 nyawa sambil 200,00 lagi terkesan.
Dalam sebuah rakaman yang tular, terdapat seorang gadis berusia 13 tahun berada dalam ketakutan sambil menanti bapanya datang menyelamatkannya.
BACA LAGI: Acik' kantin dijulang jadi wira, sumbang usaha pastikan rekaan SMK Jugra muncul juara
Menurut laporan di Filipina, kejadian pada Selasa lalu melihatkan gadis tersebut sekadar berpaut pada tiang pagar di saat paras air sudah mula tinggi.
Dalam rakaman yang tular di media sosial, dia kelihatan ketakutan terutamanya apabila kereta yang dihanyutkan air mula menghampirinya.
Mujur, apabila bapanya dikenali sebagai Ace Aguirre berjaya dapat menyelamatkan anaknya daripada bahaya.
Menurut Aguirre, isterinya sudah menyelamatkan diri dengan membawa seorang lagi anaknya yang berusia 9 tahun.
“Kami mulanya ingin ke rumah di sebelah kiri kami kerana ia adalah rumah dua tingkat.
“Saya dan anak perempuan saya sedang ingin mengikut isteri dan seorang lagi anak saya namun anak perempuan saya tersangkut pada pagar dan saya tak boleh lepaskan dia kerana angin kencang,” kata Aguirre.
Aguirre mengatakan yang anak perempuannya itu mengalami jari tersepit pada pagar dan dia perlu menolaknya ke arah bertentangan untuk menyelamatkan gadis tersebut.
Namun begitu, akibat angin kencang, Aguirre dihanyutkan dan perlu berpaut pada pagar rumah lain untuk sampai semula kepada anaknya.
“Ketika anak saya di atas tiang pagar, saya suruh dia lompat dan ikut saja angin tapi dia tidak dapat boleh lakukannya.
“Apabila dia lompat dan saya mampu mendapatkannya dan kami terperangkap di bumbung rumah dari 6 pagi hingga 2 petang,” ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
