PENGERUSI Jawatankuasa (JK) Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menafikan yang dia berkuasa mutlak dalam semua keputusan yang dilakukan di kelab tersebut.
Memetik laporan Stadium Astro, Shahril mengatakan yang semua keputusan dibuat secara bersama melibatkan pimpinan di dalam kelab.
Kata Shahril, dia cumalah sekadar ketua JK teknikal dengan Selangor mempunyai ramai watak penting dalam pengurusannya.
BACA LAGI: ‘Comel adik’, Rizal Ghazali, isteri sambut kelahiran cahaya mata sulung
BACA LAGI: 'Prestasi macam terbantut di Selangor, nak tunggu apa lagi Aliff Haiqal?'
"Segala keputusan yang berlaku dalam kelab adalah keputusan bersama. Saya hanyalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor dan di dalam jawatankuasa itu ada nama-nama lain yang terkenal dalam dunia bola sepak.
"Ingin juga saya tekankan di sini, sekiranya kelab mahu mengambil atau melepaskan pemain, kesemua ahli jawatankuasa ini perlu bersetuju, ia bukan dengan persetujuan majoriti sahaja. Jatuh bangun kelab ini, semua perlu bertanggungjawab," katanya.
Shahril mengatakan yang dia turut memohon maaf kepada penyokong atas situasi sukar yang dialami Selangor ketika ini terutamanya selepas sah tersingkir daripada Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
Dia juga mengakui yang tidak mengambil sebarang gaji apabila menjawat jawatan tersebut dengan Shahril melakukannya atas rasa cinta terhadap Selangor.
"Saya buat semua ini atas dasar minat dan rasa sayangkan pasukan Selangor. Beri saya peluang, saya seorang profesional, saya dari bidang korporat.
"Kelab ini bukan tempat saya cari rezeki atau saya cari makan, di sinilah saya luahkan rasa cinta saya.
"Saya akan meninggalkan kelab ini satu hari nanti. Saya di Selangor FC bukannya bergaji, sudah tujuh-lapan tahun," dedah Shahril. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
