
PENDEDAHAN FIFA berhubung dokumen palsu dihantar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melibatkan tujuh pemain warisan mencalarkan imej sukan nombor satu negara itu.
Ini kerana perkongsian tersebut menceritakan jalan pintas diambil Harimau Malaya dalam mendapatkan khidmat bintang berkualiti meskipun perlu membuat penipuan.
Kes tersebut turut memberi kesan buruk terhadap pelbagai agensi tempatan, terutamanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dengan mudah memberikan kewarganegaraan buat ketujuh-tujuh pemain itu.
BACA LAGI: Di antara Hong Wan-Ibrahim Manusi-Wan Kuzain, siapa lebih layak gantikan Hector Hevel?
BACA LAGI: Berebut posisi, tak mustahil Hector Hevel bikin 3 midfielder JDT 'gigit jari'
FIFA mendedahkan latar belakang kesemua tujuh pemain warisan negara.
Skandal itu semakin mendapat perhatian ramai sekitar Asia Tenggara selepas baru-baru ini, sijil kelahiran datuk kepada salah seorang pemain didedahkan di media sosial.
Dalam sebuah pendedahan Troll Sea Games Official, mereka memperoleh dokumen milik datuk Hector Hevel, Hendrik Jan yang menyatakan individu itu sah lahir di The Hague yang merupakan sebuah daerah di Belanda.
Pendedahan tersebut jelas terserong dari kenyataan FAM sebelum ini bahawa pemain tengah itu layak beraksi buat Harimau Malaya kerana datuknya lahir di Melaka.
Dokumen diperoleh berkenaan sekali gus menutup ruang organisasi tempatan tersebut untuk membuat rayuan dalam mengurangkan hukuman berbentuk denda dan penggantungan dikenakan.
Sijil kelahiran itu kini turut menjadi bahan perbincangan hangat dalam kalangan agensi media sekitar Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia dan Vietnam kerana masing-masing dituduh terlibat dengan skandal FAM itu.
Hukuman FIFA ke atas FAM menjadi buah mulut peminat bola sepak sekitar Asia Tenggara.
Malah, kes tersebut menerima perhatian hingga ke Eropah selepas sebuah blog sukan ternama, Vi Nl yang membincangkan isu melibatkan latar belakang Hector Hevel.
"FAM menyatakan pihak mereka mengikut prosedur dan mendakwa FIFA tidak menyediakan bukti kukuh mengatakan persatuan terbabit sudah membuat pemalsuan dokumen.
"Mereka akan membuat rayuan, namun hukuman dikenakan masih belum ditarik balik. FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta) sementara Hevel dan enam yang lain digantung 12 bulan dari sebarang aktiviti bola sepak," tulisnya.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) tersebut merupakan produk bola sepak di Belanda selepas menghabiskan majoriti dari umur mudanya bersama ADO Den Haag.
Selepas itu, dia berkelana di beberapa kelab sekitar Eropah dengan Portimonense di Portugal merupakan pasukan terakhirnya sebelum berkelana ke Selatan tanah air.
Selain Hevel, enam pemain terlibat merupakan Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, Facundo Garces dan Gabriel Palmero yang masing-masing turut dikenakan denda berjumlah CHF2,000 yang sekitar RM10,560. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram