
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan dakwaan FIFA bahawa tujuh pemain warisan dihukum ketika ini mengetahui bahawa dokumen dihantar adalah palsu.
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Selasa, badan induk bola sepak negara itu menjelaskan gambaran dikeluarkan itu adalah tidak tepat kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.
"Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada 'wrong submission' iaitu ralat pentadbiran atau administrative error.
BACA LAGI: Imej Malaysia sudah tercalar, FAM perlu sedia 'senjata' lawan FIFA
BACA LAGI: Masih tiada perkembangan, FAM sedia tindakan guaman
Badan induk bola sepak negara itu terus menjelaskan skandal itu berpunca dari kesilapan teknikal. — Facebook/FAM
"Ini berlaku apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," tulisnya.
Kenyataan tersebut turut menyatakan ketujuh-tujuh pemain digantung merupakan warganegara sah yang sedikit sebanyak mengatakan dengan pendedahan dibuat FIFA berhubung latar belakang masing-masing tidak tepat.
FIFA dalam satu perkongsian sebelum ini menyatakan dokumen dihantar bagi membenarkan pemain warisan tertuduh adalah palsu yang menyaksikan kesemua dari mereka didenda dan diberi penggantungan 12 bulan.
Mereka merupakan Hector Hevel, Joao Figueiredo, Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Gabriel Palmero serta Jon Irazabal yang diturunkan ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam.
Tidak terhenti di situ, FAM turut dikenakan hukuman berbentuk denda berjumlah CHF350,000 (RM1.8 juta) dengan hukuman berkenaan diharapkan mampu diubah sepanjang tempoh rayuan.
Badan induk bola sepak negara itu turut menegaskan komitmen mereka dalam mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta dan dokumen sahih."Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia. FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram