Di antara Hong Wan-Ibrahim Manusi-Wan Kuzain, siapa lebih layak gantikan Hector Hevel?


  • Podium
  • Isnin, 01 Sep 2025

Kecederaan kaki yang menimpa tonggak tengah berpengalaman, Hector Hevel memaksa namanya digugurkan daripada skuad kebangsaan. — Facebook/Malaysia NT

TONGGAK tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Hevel terpaksa melupakan peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya selepas disahkan mengalami kecederaan.

Perkembangan itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Fina Nasrom yang melaporkan bahawa bekas pemain Portimonense itu disisihkan daripada skuad kebangsaan menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Singapura dan Palestin.

“Pemain tengah Harimau Malaya, Hector Hevel terkeluar daripada perancangan Peter Cklamovski ekoran kecederaan," katanya di laman X pada Isnin.

BACA LAGI: 'Belum jumpa pintu gol', 3 import Liga Super masih buntu cetak jaringan pertama

BACA LAGI: [VIDEO] Atlet Selangor tersilap garisan, terlepas naik podium acara 3000m

Ibrahim Manusi antara calon yang dipetik untuk menggantikan posisi Hevel di bahagian tengah.  Facebook/JST

Susulan itu, pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski dijangka memanggil Shio Hong Wan juga dari JDT bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan.

"Kekosongan itu digantikan dengan Shio Hong Wan yang berada dalam Senarai Bersedia,” tambahnya lagi.

Namun, persoalan turut timbul mengenai tahap kecergasan semasa Hong Wan, memandangkan pemain warisan itu juga sebelum ini bergelut dengan isu kecederaan.

Sekembalinya Hong Wan ke dalam skuad kebangsaan masih menimbulkan tanda tanya sama ada dia kini benar-benar bersedia untuk beraksi pada tahap tertinggi atau tidak.

Dalam masa yang sama, dua lagi nama turut disebut sebagai calon sesuai untuk menggantikan Hevel dalam skuad kebangsaan iaitu bekas pemain tengah Sri Pahang FC, Ibrahim Manusi dan pemain warisan, Wan Kuzain Wan Kamal yang turut berada dalam Senarai Bersedia.

Ketiadaan Hevel bukan sahaja memberi kesan kepada skuad kebangsaan, malah berpotensi menjejaskan perancangan taktikal JDT menjelang aksi-aksi penting kelab itu, memandangkan pemain itu merupakan antara tunjang utama di bahagian tengah.

Untuk rekod, Malaysia akan menentang Singapura pada 4 September, diikuti aksi menentang Palestin pada 8 September dalam kalendar perlawanan antarabangsa FIFA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram