
UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal mencipta sejarah sebagai institusi pengajian tinggi pertama di Pantai Timur yang menganjurkan kejohanan bola sepak berstatus antarabangsa untuk peringkat akar umbi yang dijenamakan sebagai UniSZA International Youth Cup 2025 yang dijadualkan sepak mula pada 13 dan 14 September depan di Stadium UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
Penganjuran sulung ini menyasarkan penyertaan pasukan peringkat usia bawah bawah 8 tahun hingga 14 tahun, dan sehingga kini telah menarik minat lebih 90 penyertaan dari dalam dan luar negara termasuk pasukan dari Indonesia dan Singapura yang telah mengesahkan kehadiran.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah turut berperanan sebagai platform pembangunan bakat muda secara kompetitif dan tersusun.
BACA LAGI: [VIDEO] Untungnya Harimau Selatan, sambar ‘ubi muda’ Selangor berjiwa kelajuan
BACA LAGI: Kelab Proton Tanjung Malim anjur Piala Liga Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniSZA, Profesor Madya Datuk Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff Che Abdullah, kekuatan UniSZA sebagai tuan rumah terletak pada fasiliti sukan bertaraf antarabangsa yang telah diiktiraf oleh badan induk sukan dunia.
Beliau menjelaskan bahawa penganjuran ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial yang digerakkan oleh Akademi Bola Sepak UniSZA Soccer Kids yang telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu untuk memperkasa akademi bola sepak tempatan dan membuka ruang kepada bakat muda untuk bersaing secara sihat.
Pengarah Eksekutif Hyba Quest Sdn Bhd Hairul Azmeer Yusop (dua dari kiri) bersama Dr. Mohd Hafiz Yusoff Che Abdullah (kanan) sewaktu menyempurnakan majlis pelancaran UniSZA International Youth Cup 2025 yang telah berlangsung di Stadium UniSZA, Kampus Gong Badak, Terengganu, baru-baru ini.
“UniSZA mengambil langkah proaktif untuk membina ekosistem pembangunan sukan yang menyeluruh, melibatkan pelatih, ibu bapa dan komuniti secara langsung. Ini bukan sekadar kejohanan, tetapi platform pembentukan karakter dan sahsiah generasi baharu melalui sukan,” katanya.
UniSZA International Youth Cup 2025 mempertandingkan empat kategori usia iaitu Bawah 14 tahun, Bawah 12 tahun, Bawah 10 tahun dan Bawah 8 tahun. Kejohanan ini menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM30,000, menjadikannya antara penganjuran akar umbi paling bernilai di rantau Pantai Timur.
Penganjuran ini dilihat sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan akar umbi yang lebih tersusun dan berimpak tinggi, serta membuka ruang kepada institusi pengajian tinggi untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan atlet muda secara langsung.
UniSZA International Youth Cup 2025 dijadualkan untuk sepak mula pada 13 dan 14 September 2025 ini nanti menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 30,000.00 yang mempertaruhkan empat kategori iaitu Bawah 14 tahun, Bawah 12 tahun, Bawah 10 tahun dan Bawah 8 tahun.
UniSZA bukan sahaja menjadi tuan rumah, tetapi juga pelopor kepada model penganjuran sukan yang menggabungkan pendidikan, komuniti dan pembangunan bakat secara holistik.
Difahamkan lebih pasukan telah mendaftarkan penyertaan dalam kejohanan tersebut termasuk pasukan dari negara Indonesia dan Singapura dan beberapa lain-lain negara sekitar ASEAN yang menyatakan hasrat untuk turut sama bertanding.
Dr Mohd Hafiz berkata, untuk edisi sulung ini pihaknya menyasarkan penyertaan maksimum adalah sebanyak 120 pasukan keseluruhan dengan 3 padang perlawanan di Pusat Sukan UniSZA ini akan digunakan sepenuhnya.
Dr. Mohd Hafiz Yusoff Che Abdullah (dua dari kiri) bersama Pengarah Eksekutif Hyba Quest Sdn Bhd Hairul Azmeer Yusop sewaktu menyempurnakan majlis pelancaran UniSZA International Youth Cup 2025.
"Tambah nilai terbaik buat setiap pasukan bertanding sudah tentu tumpuan untuk menggunakan padang sintetik yang baru siap dibina di mana padang ini juga mendapat pengiktirafan FIFA selaku badan induk dunia sukan bola sepak untuk kami menganjurkan sebarang kejohanan bertaraf antarabangsa.
"Selain dari padang sintetik itu, lain-lain fasiliti sukan yang terdapat di Pusat Sukan UniSZA ini sememangnya mempunyai pengiktirafan dari badan induk sukan masing-masing yang secara tidak langsung memberi tambah nilai buat UniSZA sebagai sebuat institusi pendidikan tinggi yang turut memfokuskan kecermelangan sukan di kalangan pelajar-pelajar ini.
"Penganjuran ini secara asasnya merupakan sebahagian dari kerangka plan strategik program pembangunan sukan bola sepak di bawah kelolaan UniSZA iaitu Akademi Bola Sepak UniSZA Soccer Kids yang telah bermula sejak dua tahun lalu.
Sebanyak 120 penyertaan disasarkan bagi kejohanan sulung ini.
"UniSZA mengambil langkah proaktif untuk membina ekosistem pembangunan sukan yang menyeluruh, melibatkan pelatih, ibu bapa dan komuniti secara langsung. Ini bukan sekadar kejohanan, tetapi platform pembentukan karakter dan sahsiah generasi baharu melalui sukan.
"Melalui penganjuran kejohanan bola sepak antarabangsa ini nanti dilihat mampu menjadi pentas terbaik buat setiap pelatih-pelatih dari akademi kami dan juga lain-lain akademi mahupun bakat-bakat muda tempatan untuk meraih penanda aras baharu buat mereka," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram