
DEBARAN membawa nama Malaysia ke pentas dunia semakin terasa apabila Kejohanan Cabaran Golf Dunia Korporat (WCGC) Malaysia anjuran ENOTECH semakin hampir ke penghujungnya untuk mencari bakat amatur yang akan terbang ke China.
Pusingan ketiga WCGC Malaysia baru melabuhkan tirainya dengan aksi sengit berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, menyaksikan peserta berdepan cabaran cuaca hujan di awal pagi yang menguji fokus serta kekuatan mental.
Menariknya pusingan kali ini, Penaung Diraja WCGC Malaysia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah turut mencemar duli menyertai pertarungan 132 peserta dari pelbagai latar belakang syarikat korporat.
BACA LAGI: WCGC Malaysia makin sengit, 124 bakat golf korporat buru slot wakil negara ke China
BACA LAGI: Raih tempat ke-3 edisi terakhir, Malaysia sasar jadi juara WCGC semula selepas 2 dekad
Dengan format gabungan mata Stableford, jurang saingan slot terakhir kini semakin sempit, sekali gus menjadikan pusingan keempat di Templer Park Country Club dan pusingan akhir di Kota Permai Golf & Country Club bakal menjadi pertarungan epik untuk menentukan pasangan peserta yang mewakil Malaysia ke China.
Aksi di Glenmarie menyaksikan pasangan pemain, Sasi Kumar Subramaniam (handicap 4) and Selvan Subramaniam (7) dari Cyberlan Integral Sdn Bhd merangkul gelaran juara pusingan ketiga.
Aksi menarik Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika mencemar duli menyertai WCGC Malaysia.
Tempat kedua menjadi milik Gavin Fung (4) dan Lim Giin Hoong (9) manakala dua wakil Universiti Putra Malaysia, Dr Zailani Khuzaimah (6) and Dr Fadzrul Abbas (8) menduduki tempat ketiga.
Tempat keempat pula dirangkul oleh Wong Ka Hei (6) dan Loh Hung Mun (8) dari Paint Bomber Malaysia dan tempat kelima dimenangi oleh wakil Perwira Global Enterprise, Ahmad Marzuki Kamaruzaman (5) dan Tengku Izharudin Tengku Ismail (11).
Selepas ini, pusingan keempat WCGC Malaysia akan berlangsung di Templer Park Country Club pada 21 Ogos depan, menawarkan lima lagi slot sebelum pertarungan pusingan akhir peringkat kebangsaan berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club pada September nanti.
Barisan pemenang pusingan ketiga WCGC Malaysia 2025.
Pasangan yang memenangi pusingan akhir akan mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia WCGC di PGA Anying Golf Club di Shanghai, China bermula 19 hingga 23 Oktober.
Dengan pengiktirafan Persatuan Golf Malaysia (MGA), WCGC Malaysia berada dalam kelas tersendiri apabila menarik banyak tajaan besar seperti ENOTECH sebagai penaja kejuaraan selain Konsortium Jaringan Selangor, Spectrum Outdoor, Simple Advantage, World Klang Group, KUSEL, Avisena Healthcare, Les Copaque Production Sdn Bhd dan Cuckoo Malaysia..
Turut memainkan peranan penting dalam penajaan adalah PlusMax Group of Companies, Ancom Nylex Berhad, CelcomDigi, Skechers Golf, Avant Aegis, BMW Millenium Welt KT, Iroas Timepiece, Fella Design & Bridgestone Golf.
Antara penaja lain adalah Prestige Golf, Fraser & Neave Holdings, True Hydration, YAR Auto Garage, Ascend SP (M) Sdn Bhd, Horizon L&L Sdn Bhd, NTT Data Payment Services, Zus Coffee, MyDriver, The Chiro Hub, Jakes Charbroil, Le Botanical, Ninety Go, Slingshot, Throatsil, Acti Tape, Biscochiz, Hospitality 360, Adsmunch, GreyCube, Selgate, Mike Golf & Event Transpro. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram