Raih tempat ke-3 edisi terakhir, Malaysia sasar jadi juara WCGC semula selepas 2 dekad


  • Podium
  • Rabu, 23 Apr 2025

Skuad Malaysia yang meraih tempat ketiga di WCGC edis 2024 di China.

MALAYSIA mensasarkan untuk mengulangi kejuaraan yang pernah diraih sekitar 20 tahun lalu dalam Cabaran Golf Dunia Korporat (WCGC) peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Shanghai, China.

Kejohanan yang diadakan pada 19 hingga 23 Oktober itu menjadi sasaran Malaysia untuk muncul juara selepas menghasilkan rekod baik mendapat tempat ketiga pada edisi lalu.

Pada edisi 2024 yang diadakan Haikou, China, gandingan Lee Robert, Anushka Gayan Wijerathne, Ang Khai Phang dan Kong Tuck Keat membanggakan Malaysia untuk meraih kedudukan podium.

BACA LAGI: Chong Wei, Nicol David tak mustahil 'berentap' dengan bintang JDT

BACA LAGI: Anak bergaya bak golfer profesional, koleksi Armani perkenal set pakaian golf kanak-kanak

Salim (kanan) percaya akan kemampuan Malaysia untuk meraih kejuaraan.

Langit adalah had buat skuad Malaysia, dan untuk saingan kali ini pastinya mereka mahu mensasarkan kejayaan lebih besar dengan mendapatkan kejuaraan.

Bagi Penasihat WCGC Malaysia, Salim Sain berkata, sasaran untuk menjadi juara itu adalah realistik walaupun ia sedikit sukar untuk dilakukan. Walaupun sukar, Salim tetap berasa sasaran itu mampu dilakukan oleh skuad Malaysia kelak.

"Kami mempunyai cita-cita, untuk membawa pemain yang bagus, baik ke sana. Mereka nanti akan terdiri daripada pasukan yang menjuarai kejohanan di sini sebelum membawa perjuangan ke sana.

"Dan kalau diikutkan sejarah, masa mula-mula bertanding dulu, Malaysia pernah dua tahun berturut-turut," katanya pada Majlis Pelancaran Media WCGC Malaysia di Glenmarier Hotel & Golf Resort, Selangor pada Rabu.

Sebagai rekod, Malaysia pernah meraih kejuaraan WCGC peringkat dunia pada 2003 dan 2004. Namun sejak itu, mereka tidak berjaya memegang sebarang trofi.

WCGC Malaysia bagi edisi 2025 diadakan di empat lokasi untuk pusingan kelayakan dengan satu venue bagi acara akhir peringkat kebangsaan bagi memilih wakil Malaysia ke kejohanan peringkat antarabangsa.

Acara pelancaran itu dirasmikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk merasmikan kejohanan itu.

Empat lokasi bagi pusingan awal adalah di adalah Kelab Golf Seri Selangor (22 Mei), Tropicana Golf Resort (24 Jun), Glenmarie Golf & Country Club (22 Julai) dan Templer Park Country Club (21 Ogos).

Sementara Kota Permai Golf & Country Club akan menjadi tuan rumah bagi pusingan akhir peringkat kebangsaan pada 25 September.

Seiring dengan sasaran untuk menjadi johan, Salim berharap penyertaan dari para peserta berada pada tahap tinggi supaya meluaskan peluang mendapatkan pemain berkualiti bagi mewakili Malaysia di China kelak.

"Kalau dari segi penyertaan yang kita terima, boleh kata ramai. Saya rasa penyertaan akan penuh dalam setiap pusingan.

"Kita harap setiap pusingan itu akan disertai dengan ramai peserta dan sambutannya memberangsangkan," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram