[VIDEO] Pemain golf tumbang di Bukit Unggul, meninggal dunia akibat strok haba


  • Tular
  • Isnin, 21 Jul 2025

Seorang pemain golf dilaporkan maut akibat strok haba pada Isnin.

TRAGEDI menyayat hati berlaku di Bukit Unggul Country Club, Sepang, Selangor apabila seorang pemain golf berusia lebih 70 tahun maut akibat strok haba ketika sedang bermain di padang golf kawasan tersebut pada Isnin. 

Memetik info yang diterima pihak Majoriti, insiden tragis menimpa mangsa berlaku di lubang keenam fairway selepas dia difahamkan mengambil pukulan kedua.

Meskipun tiada info lanjut mengenai kejadian berkenaan, mangsa dipercayai mengalami strok haba atau heat stroke akibat terdedah terlalu lama kepada cuaca panas tanpa rehat yang mencukupi.

BACA LAGI: JBPM disaran saman Ija lepas buat sandiwara lari ke Thailand

BACA LAGI: ‘Tolong sedar dan bawa bertaubat', rakan rapat tampil dedah kronologi sebenar pempengaruh lari ke Thailand

Untuk info, strok haba merupakan keadaan serius yang berlaku apabila suhu badan meningkat dengan mendadak sehingga menyebabkan kegagalan fungsi organ dan memerlukan rawatan segera.

Pakar kesihatan mengingatkan agar individu terutama warga emas mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan aktiviti berat pada waktu cuaca panas, minum air secukupnya dan mendapatkan rehat yang cukup.

Setakat berita ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak kelab Bukit Unggul Country Club dan pihak polis. Video berdurasi 12 saat, pihak polis menguruskan jenazahnya menjadi perkembangan terkini diperolehi.

Menjengah respons warganet, mereka turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan ketika melakukan aktiviti luar terutama ketika cuaca panas dan kering.

Antara langkah yang disarankan termasuk memakai pakaian yang sesuai, menggunakan pelindung matahari, dan mengelakkan aktiviti berat pada waktu tengah hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram