
SERING kali kita mendengar jika golongan wanita yang terlibat dalam apa jenis sukan akan selalunya akan mengalami situasi gangguan sama ada melibatkan verbal ataupun secara fizikal.
Terbaharu, situasi sebegitu rupa berlaku apabila ia melibatkan seorang pemain golf amatur wanita yang berkongsi pengalaman kurang menyenangkan dialaminya bersama rakan-rakan di sebuah kelab dekat Hulu Langat, Selangor.
Menggunakan nama akaun ashamichibata pada platform Threads, wanita berkenaan berkongsi bahawa beberapa insiden tidak profesional berlaku di padang golf yang menimbulkan rasa tidak selesa dan kecewa.
Situasi pertama apabila mereka bertanya tentang tiket kedi dan buggy, seorang individu difahamkan merupakan 'caddy master' memaklumkan bahawa kumpulan mereka perlu menggunakan premium.
"Kami:Ini tiket untuk caddy. And mana satu buggy kami? Caddy master: Oh! Mereka ini kena caddy premium. Kau ambil mereka lah. Random guy (maybe marshal): kalau aku ambil, aku bawak balik terus.
"Kepada lady golfer! Apa anda buat kalau kena benda macam ini dekat atas padang atau dekat club house? Semalam saya dan kawan dapat offensive comment from marshal and atas padang dari pemain golf lelaki," luahnya pada hantaran pertama.
Dalam situasi lain, kumpulan pemain wanita itu juga mengalami gangguan apabila bola golf beberapa kali mendarat di belakang mereka sementara mereka sedang menunggu giliran tee off.
"Empat kali bola sampai betul-betul belakang kami. We all waiting flight depan and flight belakang tee off suka-suka hati. Konon nak tunjuk hebat sebab kami lady golf. Konon nya lambat! Teruk betul perangai sakai," kongsinya pada hantaran berlainan.
Pengalaman yang dikongsi itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan komuniti golf mengenai sikap profesionalisme dan adab di padang golf, terutama terhadap pemain wanita yang sering kali berhadapan dengan perlakuan kurang sopan dan kurang menghormati.
Ramai berharap pihak kelab golf disaran mengambil tindakan tegas dan menyediakan latihan kepada staf serta ahli kelab bagi memastikan suasana yang lebih mesra dan menghormati semua pemain tanpa mengira jantina.
Sebelum ini, Majoriti melaporkan seorang pemain golf wanita meluahkan rasa kecewa dan berasa didiskriminasi apabila dia tidak dibenarkan untuk bermain golf di sebuah kelab golf di Bukit Rotan, Kuala Selangor, Selangor kerana pemakaiannya.
Wanita yang memuat naik luahan di platform TikTok menggunakan nama Maryamishakgolf itu mempersoalkan tindakan kelab golf itu apabila melarang dia bermain hanya disebabkan memakai skirt panjang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram