
NAMA Miki Ghazali semakin menjadi sebutan dalam kalangan peminat sukan tempur selepas menampilkan aksi penuh semangat dan keberanian luar biasa dalam pertembungan menentang jaguh tuan rumah, Ryu Hanaoka di kejohanan berprestij RISE World Series Yokohama 2025 pada Sabtu.
Masakan tidak dalam kategori Catchweight Kickboxing (119 lbs itu, Miki, atau nama penuhnya Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar berjuang habis-habisan sebelum terpaksa akur dengan kehandalan pesaingnya.
Walaupun baru berusia 16 tahun, anak muda kelahiran Kuching, Sarawak itu tidak gentar berdepan petarung lebih senior dan berpengalaman apabila berjaya memberi saingan sengit sepanjang perlawanan sebelum tewas menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision).
BACA LAGI: Tumbangkan lawan kurang 3 minit, adik Jojo jadi harapan Sarawak ikut jejak abang rangkul emas SUKMA
NAMA Miki Ghazali semakin menjadi sebutan dalam kalangan peminat sukan tempur selepas menampilkan aksi penuh semangat dalam pertembungan menentang jaguh tuan rumah, Ryu Hanaoka di kejohanan berprestij RISE World Series Yokohama 2025 yang berlangsung pada Sabtu. pic.twitter.com/w6COF0zAyW
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) June 21, 2025
Kekalahan tersebut langsung tidak mematahkan semangat juang Miki, malah ramai menyifatkan ia sebagai permulaan yang cukup memberangsangkan dalam karier profesionalnya yang masih muda.
Aksi beraninya turut mendapat pujian meluas dalam kalangan penyokong di media sosial yang kagum dengan ketenangan dan teknik yang dipamerkan Miki ketika berada di pentas antarabangsa buat pertama kali.
Malah, abangnya sendiri, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali, turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian adiknya meskipun tidak membawa pulang kemenangan.
Jojo Ghazali, turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian adiknya meskipun tidak membawa pulang kemenangan.
"Pertama kali bertarung menentang lawan yang lebih tua dan berada di ranking ketiga dunia… dan saya rasa dia patut menang juga.
"Kita akan terus jadi lebih baik, @Omikipapa,” tulis Jojo menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Sabtu.
Kejohanan RISE World Series yang berlangsung di Yokohama itu merupakan salah satu pentas utama sukan kickboxing dunia, dan penyertaan Miki pada usia muda membuka ruang besar untuknya mencipta nama dalam arena antarabangsa pada masa hadapan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram